Isa Samad didakwa di mahkamah hari ini

Astro Awani
Disember 13, 2018 23:52 MYT
Mohd Isa dilihat tiba di kompleks Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 8.35 pagi, Jumaat. - Astro AWANI/Shahir Omar
Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, akan didakwa hari ini (Jumaat, 14 Disember) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kes pembelian hotel oleh FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).
Mohd Isa dilihat tiba di kompleks mahkamah sekitar jam 8.35 pagi.
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam satu kenyataan pada Khamis, proses mendakwa Mohd Isa itu dilaksanakan selepas mendapat izin daripada Pejabat Peguam Negara.

Tan Sri Mohd Isa mula tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kira-kira jam 8:35 pagi. @501Awani pic.twitter.com/nETB6SqxNg

— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) December 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tan Sri Mohd Isa dijangka didakwa pada jam 9 pagi. @501Awani pic.twitter.com/1eETh2hPdC

— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) December 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Beliau akan dituduh pada jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung siasatan kes pembelian hotel oleh FIC," kata kenyataan itu.
Sebelum ini, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu telah ditahan dan disiasat oleh SPRM selama lima hari pada Ogos berhubung pembelian hotel di Kuching dan London.
Pembelian dua buah hotel tersebut disiasat SPRM berikutan harga yang melebihi harga asal sehingga menyebabkan FIC mengalami kerugian berjuta-juta ringgit.
FIC dilaporkan membeli sebuah hotel di Kuching pada harga RM160 juta (lebih RM50 juta dari harga sebenar) manakala hotel di Kensington, London, pada harga £60 juta (kira-kira RM317 juta) pada 16 Disember 2014.
#dakwaan #Felda #FIC #mahkamah #Mohd Isa Samad #siasatan