Irwan Serigar, Khalid Abu Bakar, Dzulkifli Ahmad disenarai hitam Jabatan Imigresen?

Astro Awani, Sinar Harian
Mei 15, 2018 16:48 MYT
Astro AWANI masih menunggu pengesahan daripada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berhubung status itu. - Gambar fail
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dipercayai telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen?
Pemeriksaan Semakan Status Perjalan Imigresen (SSPI) pada jam 2.08 petang tadi dengan menggunakan nombor kad pengenalannya (681227-XX-XXXX) telah memaparkan keputusan tertera, "sila rujuk ke pejabat Imigresen terdekat”.
Beberapa portal berita tempatan telah membuat laporan berhubung perkara ini.
Laporan menyatakan nombor kad pengenalan individu-individu terbabit juga sudah disemak dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengesahkan identitinya.
Selain Dzulkifli, antara nama yang dikatakan disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen adalah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Bagaimanapun, Astro AWANI masih menunggu pengesahan daripada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berhubung status itu.
Semalam, Dzulkifli disahkan telah meletak jawatan selepas menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.
#Imigresen #Ketua Polis Negara #Khalid Abu Bakar #Mustafar Ali #pilihan raya #senarai hitam #SPRM #Tan Sri Ali Hamsa #Tan Sri Dzulkifli Ahmad #Tan Sri Mohd Irwan Serigar
;