KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim yang merupakan Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) telah dipilih secara sebulat suara sebagai individu pertama dilantik Pengerusi Konvensyen dan Pameran (C&E) Majlis Anggota Penasihat (MAC) World Trade Centers Association (WTCA) yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat.
Manakala Naib Pengerusi yang dilantik pula adalah Okay Basbug dari World Trade Center Istanbul.
Sebelum ini WTCA membahagikan C&E MAC kepada beberapa buah wilayah iaitu Asia Pasifik, Amerika dan Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA).
Terkini, kesemua ahli Lembaga Pengarah WTCA telah bersepakat untuk menggabungkan kesemua MAC WTCA menjadi sebuah kumpulan global di dunia.
Penggabungan ini akan dapat meningkatkan penyertaan acara perniagaan, pameran dan konvensyen dari seluruh anggota WTCA.
Ia juga diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh dunia melalui kerjasama dan usaha mempelbagaikan perkhidmatan industri acara perniagaan yang telah terjejas akibat pandemik COVID-19.
Industri Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) dan Acara Perniagaan (BE) telah terjejas teruk berikutan pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh dunia.
Penutupan sempadan (penuh dan separa) dan kelewatan pembukaan semula industri telah menyebabkan Malaysia, khususnya, mengalami kerugian lebih daripada RM27.5 bilion dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Di samping itu, industri pelancongan Malaysia turut mengalami kerugian hasil sebanyak RM45 bilion.
Dengan penggabungan baharu ini, diharapkan semua ahli WTCA dapat bekerjasama untuk merancakkan dan mengembalikan semula kegemilangan industri ini dalam tempoh pasca pandemik.
"Sebagai rakyat Malaysia dan Bumiputera pertama yang menyandang jawatan tertinggi ini dalam mempengerusikan industri Konvensyen dan Pameran di dunia, saya amat berharap imej negara kita dapat dilihat secara serius dan positif oleh seluruh dunia melalui lebih banyak kerjasama dalam kalangan ahli WTCA yang lain yang kini berjumlah 326 WTC seluruh dunia.
"Demi membangkitkan semula industri ini sikap keterbukaan dan inklusif oleh setiap ahli adalah wajar," kata Irmohizam.
Irmohizam yang berasal dari Kampung Kuantan, Kuala Selangor, menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada seluruh Ahli Lembaga Pengarah WTCA serta kepimpinan World Trade Center di seluruh 86 negara yang memberikan keyakinan kepada dirinya dalam memimpin sebuah organisasi dunia dalam industri MICE dan BE.
Jawatan ini akan disandang oleh Irmohizam selama tempoh dua tahun.
WTCKL akan terus konsisten untuk menaikkan industri pelancongan dan perdagangan di Malaysia dan juga menyumbang lagi kepada kejayaan industri MICE dan BE secara menyeluruh.
Terdapat potensi sinergi antara negara-negara yang masih belum diterokai sepenuhnya.
WTCKL akan berusaha untuk meneroka strategi kerjasama yang berupaya meningkatkan pertumbuhan pendapatan dengan menggiatkan semula industri pelancongan dan perdagangan di Malaysia secara konsisten dengan menyokong kerjasama dalam bentuk gelembung perjalanan dalam kalangan negara anggota.
MAC juga komited untuk kekal relevan melalui peningkatan penglibatan, advokasi dan penjenamaan; mewujudkan kesedaran; membina rangkaian baharu; serta mencipta kaedah baharu untuk memacu lebih jauh agar acara perniagaan boleh menjadi satu bentuk ekonomi baharu bagi jenama WTCA.
Oleh itu, jawatan ini juga adalah suatu kemenangan bagi kejayaan rakyat Malaysia dalam menangani pandemik COVID-19 serta keyakinan penuh seluruh negara anggota terhadap kemampuan Anak Malaysia.
Kenyataan Media
Tue Jan 11 2022

Irmohizam menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada seluruh Ahli Lembaga Pengarah WTCA serta kepimpinan WTC di seluruh 86 negara yang memberikan keyakinan kepadanya dalam memimpin sebuah organisasi dunia dalam industri MICE dan BE.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Irmohizam terima Anugerah Alumni Tersohor UPNM
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim PSSTLDM, baru-baru ini dianugerahkan Anugerah Alumni Tersohor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Pemilu 2024: Hari bersejarah buat WTCKL - Irmohizam
Pemilihan WTCKL sebagai lokasi undi awal bagi Pemilu dan Pilpres Indonesia disifatkan sebagai hari paling bersejarah sejak penubuhannya.

Irmohizam terima anugerah CEO Champion (SME)
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, telah dianugerahkan dengan satu anugerah berprestij iaitu CEO Champion (SME) sempena Life at WorkAwards (LAWA) 2023.

Irmohizam dilantik Pro-Canselor UGM
Irmohizam merupakan Pro-Canselor 1 termuda yang pernah dilantik oleh UGM.

WTCKL jalin kerjasama dengan WTC Xiamen - Irmohizam
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pusat Dagangan Dunia Xiamen hari ini.

Irmohizam terima pengiktirafan BrandLeadership Award
Beliau diiktiraf atas usaha memperjuangkan ekonomi acara perniagaan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Irmohizam rangkul dua anugerah pengiktirafan industri MACEOS
Beliau berharap semua pihak dapat bekerjasama menganjurkan acara antarabangsa yang lebih menarik di Malaysia.

WTCKL pusat konvensyen dunia pertama guna teknologi hijau
Bangunan itu kini dipasang dengan sistem panel solar di atas bumbungnya berkapasiti 501 kilowatt peak.

Pameran Affordable Art di WTCKL, pamer lebih 300 karya pelukis tempatan
Orang ramai dijemput memeriahkan pameran Affordable Art Exhibition yang sedang berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.

Malaysia berupaya jadi 'gergasi' industri MICE dunia - Irmohizam
Lebih banyak organisasi antarabangsa boleh dilibatkan dalam menjadikan Malaysia sebagai hab mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) lebih selamat.