IPU: Negara berdepan cabaran mengetengahkan pemimpin muda - Mas Ermieyati

Wan Syamsul Amly
Mei 27, 2015 19:06 MYT
MAS ERMIEYATI: IPU: Negara berdepan cabaran mengetengahkan pemimpin muda - Gambar fail
Negara berdepan cabaran untuk mengetengahkan generasi muda terutama di bawah umur 30 tahun untuk menjadi pemimpin pelapis masa hadapan.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tugas itu dilihat tidak terletak di bahu kerajaan namun harus dipikul pihak pembangkang.
"Pelbagai cabaran harus dihadapi untuk memastikan kesinambungan pemimpin sedia ada dan golongan muda dalam memastikan kemakmuran negara.
"Ia termasuk cabaran untuk menampilkan lebih ramai Ahli Parlimen Wanita terutama yang muda. Ramuannya adalah orang muda sebagai agen perubahan," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Mas Ermieyati bersama Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika menghadiri Sidang Kemuncak Global, Ahli Parlimen Muda (IPU) di Tokyo - Sumber gambar Mas Ermieyati
Mas Ermieyati berkata demikian ketika mengulas intipati hari pertama Sidang Kemuncak Global, Ahli Parlimen Muda Himpunan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang dihadirinya bermula hari ini sehingga esok di Tokyo.
Himpunan dengan tema demokrasi, keamanan dan kemakmuran itu turut mencari penyelesaian dalam isu belia antaranya dalam politik, pendidikan dan polisi.

1st time given chance attending #IPU 2gthr @pm_anuar @shamsuliskandar yb sim.Our biggest challge 2 increase numb #youngMPs @IPUparliament

— mas ermieyati (@emysamsudin) May 27, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Receiving reports from working group in plenary session #IPU2015 #tokyo2015 #sosioeconomic #participationInPolitics #youth

— mas ermieyati (@emysamsudin) May 27, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Session on How can we achieve e youth vision of a Prosperous world moderated:Dr Kalansooriya #IPU2015 #youngMPs pic.twitter.com/QATU4C8RXT

— mas ermieyati (@emysamsudin) May 27, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Would suggest to prioritize & act strategically.Know & meet the needs& aspirations of youth accordngly #IPU2015 #youngMPs #MalaysianMP

— mas ermieyati (@emysamsudin) May 27, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu jelas Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, maklum balas daripada persidangan itu akan dijadikan rujukan untuk memastikan tambah nilai dari pentadbiran selain aspek polisi negara sendiri.
BACA: Peremajaan parti bukan bermakna rampas kuasa orang lama - Khairy
"Saya mengambil contoh pembentangan speaker dari Jepun, Kensuda Harada yang mengajak Ahli Parlimen untuk melihat perspektif politik kepada masyarakat dalam skala lebih besar.
"Harada turut berpesan supaya Ahli Parlimen bukan hanya menjadi calon namun perlu bercakap dalam isu yang dekat di hati orang muda.
"Apa yang dikatakan Harada tepat terutama dalam aspek penggunaan media sosial dan mendidik orang muda supaya berkecimpung dalam politik," ujarnya.
BACA: Parlimen Belia perkasa kepimpinan generasi muda
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan mahu pemimpin belia yang mempunyai iltizam, semangat dan motivasi serta cita-cita yang tinggi untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta merubah landskap negara ke arah yang lebih baik.
Justeru Najib menyeru pemimpin muda agar menjadi ketua yang bertanggungjawab, beretika dan boleh bergantung harap sebagai generasi penyambung sekaligus menggerakkan transformasi negara.
BACA: 'UMNO perlu tampilkan tokoh-tokoh muda'
Sebelum ini, Timbalan Dekan Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin menggesa UMNO menampilkan tokoh-tokoh muda dalam barisan kepimpinannya bagi memenangi hati pengundi muda dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
BACA: UMNO perlu pemimpin muda berfikiran inovatif - penganalisa
Kenyataan Dr Shaharuddin turut disokong Pensyarah progam Sains Politik dan Kemanusiaan UKM Prof. Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat yang menyifatkan UMNO masih perlu melahirkan lebih ramai pemimpin muda berfikiran inovatif.
Katanya, ini antara aspek yang harus diperbaiki di dalam UMNO kerana parti pembangkang banyak melahirkan pemimpin-pemimpin muda yang dapat menarik perhatian orang muda.
#IPU #Mas Ermieyati #Puteri #Tokyo #UMNO
;