Kualiti udara di Sri Aman, Sarawak, menunjukkan penurunan daripada peringkat bahaya kepada sangat tidak sihat pagi ini.
Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bandar berkenaan menurun daripada 396 malam tadi kepada 239 pada 8 pagi ini.
Tinjauan Bernama mendapati tahap penglihatan di bandar Sri Aman semakin baik dan jelas berbanding beberapa kawasan di pinggir bandar berkenaan, antaranya di Kampung Lingga yang masih terhad tahap penglihatan.
Keadaan itu dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan di kawasan sekitar antaranya di Kampung STC yang berkeluasan 25 hektar (63 ekar).
Semalam, pihak bomba melaporkan terdapat kebakaran hutan di kampung berkenaan dan usaha memadamkan kebakaran sedang giat dijalankan.
Sementara itu, Balik Pulau di Pulau Pinang dan tiga kawasan di Selangor - Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang - merupakan kawasan baharu mencatat IPU sangat tidak sihat setakat 8 pagi ini.
Mengikut data daripada portal APIMS, Balik Pulau mencatat bacaan 211, manakala Petaling Jaya (204), Shah Alam (220) dan Klang (202).
Turut kekal mencatat bacaan sangat tidak sihat ialah Johan Setia Klang (256) di Selangor, Nilai (211) di Negeri Sembilan dan Putrajaya (203).
Selain itu, 34 kawasan mencatat bacaan tidak sihat di seluruh negara dengan IPU melebihi 101 iaitu Kulim Hi-Tech (153) di Kedah, tiga kawasan di Pulau Pinang melibatkan kawasan Seberang Jaya (139), Seberang Perai (143) dan Minden (191).
Empat kawasan di Perak turut merekod bacaan tidak sihat iaitu Taiping (180), Tasek Ipoh (139), Pegoh Ipoh (128) dan Seri Manjung (197).
Kawasan lain yang turut mencatat kualiti udara tidak sihat ialah Cheras (187), Batu Muda (191), Kuala Selangor (196) dan Banting (188).
Dua kawasan di Negeri Sembilan pula ialah Seremban (174) dan Port Dickson (159) selain Alor Gajah (173), Bukit Rambai (144) dan Bandaraya Melaka (130) di Melaka turut mencatat bacaan tidak sihat.
Turut merekod bacaan tidak sihat ialah enam kawasan di Johor iaitu Segamat (143), Batu Pahat (109), Kluang (108), Larkin (124), Pasir Gudang (102) dan Tangkak (123), selain dua kawasan di Pahang melibatkan Temerloh (123) dan Jerantut (112).
Sembilan kawasan di Sarawak turut mencatat IPU tidak sihat iaitu ILP Miri (120), Miri (125), Samalaju (102), Bintulu (120), Mukah (137), Sibu (166), Sarikei (157), Samarahan (154) dan Kuching (173).
Sementara itu, 25 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatat IPU sederhana.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 18 2019
![IPU di Sri Aman menurun, empat kawasan baharu sangat tidak sihat IPU di Sri Aman menurun, empat kawasan baharu sangat tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61568771611_TBJEREBU.jpg)
Pemandangan dari udara bandar Sri Aman yang berjerebu dirakam pada 7 pagi ini. --fotoBERNAMA
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697763805_jerebu.jpg)
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
![Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696822567_jerebu.jpg)
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
![Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697169892_jerebu.jpg)
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
![Batu Pahat, Larkin catat IPU tidak sihat pagi ini Batu Pahat, Larkin catat IPU tidak sihat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696991076_JEREBU.jpg)
Batu Pahat, Larkin catat IPU tidak sihat pagi ini
Dua kawasan di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.
![Dua kawasan catat IPU tidak sihat Dua kawasan catat IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696991076_JEREBU.jpg)
Dua kawasan catat IPU tidak sihat
Dua kawasan berkenaan ialah Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan IPU 153 dan Larkin, Johor (126).
![Tiga kawasan catat bacaan IPU tidak sihat Tiga kawasan catat bacaan IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696829000_KualaLumpur.jpg)
Tiga kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi, Bukit Rambai di Melaka, mencatatkan bacaan IPU paling tinggi dengan paras 155.
![11 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat 11 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696307551_TBJerebuKL.jpg)
11 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi Isnin, Banting di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 157.
![17 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat 17 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696247547_jerebu.jpg)
17 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat
17 kawasan di Lembah Klang, Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang serta Terengganu mencatatkan bacaan pada paras tidak sihat.
![15 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat 15 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696505084_Pemandanganberjereb.jpg)
15 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat
Bukit Rambai di Melaka dan Batu Pahat di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 160.
![Tiga kawasan di Johor catat bacaan IPU tidak sihat Tiga kawasan di Johor catat bacaan IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696636982_jerebu.jpg)
Tiga kawasan di Johor catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi Sabtu, Larkin mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 153.