IPIC, Aabar PJS setuju bayar AS$1.8 bilion kepada MoF Inc

Bernama
Februari 27, 2023 09:59 MYT
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani dokumen persetujuan penyelesaian mengenai pertikaian dengan IPIC dan Aabar Investments PJS. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah mencapai satu penyelesaian mengenai pertikaian mereka dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) mengenai prosiding undang-undang di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.
Menurut Kementerian Kewangan, dalam hal ini, IPIC dan Aabar PJS dari Abu Dhabi telah bersetuju untuk membayar AS$1.8 bilion (kira-kira RM8.06 bilion) kepada MoF Inc dan 1MDB.
"Susulan penyelesaian ini, Malaysia dan Abu Dhabi berharap untuk terus bekerjasama demi kemakmuran dan manfaat ekonomi kedua-dua negara pada masa depan," katanya dalam kenyataan hari ini. - BERNAMA
#1MDB #IPIC #Aabar investments #Abu Dhabi