iPhone 7 dan 7 Plus dilancarkan di Malaysia pada 14 Oktober

Kohilah Sekaran
September 30, 2016 19:18 MYT
Telefon pintar Apple terbaharu - iPhone 7 dan 7 Plus akan dikeluarkan pada 14 Oktober ini. - Gambar fail
BERITA gembira untuk semua peminat Apple!
Telefon pintar Apple terbaharu - iPhone 7 dan 7 Plus akan menemui pelanggan di pasaran pada 14 Oktober ini!
Apple Malaysia mengesahkan perkara ini menerusi laman web rasminya pada hari ini.
Selain itu, syarikat-syarikat telekomunikasi utama tempatan seperti Maxis, Digi dan Celcom turut mengumumkan bahawa pelanggan boleh membuat penempahan awal bermula 7 Oktober ini.
Kredit Gambar: laman web Apple Malaysia
BACA: 5 perkara anda perlu tahu tentang iPhone 7, iPhone 7 Plus
BACA: iPhone 7: Fon telinga tanpa wayar buat netizen terpinga-pinga
DiGi
Maxis
Celcom
Manakala, tempahan bagi iPhone 7 dan 7 Plus di U Mobile boleh dilakukan mulai 14 Oktober.
#iPhone 7 #lancar #Malaysia #telefon pintar
;