iPhone 16 Pro akan dilengkapi RAM lebih besar, cip dengan NPU lebih berkuasa

Amanz
Mac 26, 2024 13:41 MYT
Tahun lalu iPhone 15 Pro dilengkapi 6GB RAM. Tahun ini ia dijangka meningkat ke 8GB RAM bagi menampung ciri AI yang memerlukan memori yang tinggi. -Gambar fail/Amanz
SIRI iPhone 16 akan dilancarkan September ini dengan Apple telah pun memberikan petanda ia akan memberikan pelbagai ciri baharu khususnya dalam kemampuan kecerdasan buatan serta penyesuaian lebih menyeluruh pada iOS 18.
Terkini muncul laporan untuk menyokong kesemua ciri baharu ini, iPhone 16 Pro akan dilengkapi RAM yang lebih besar.
Tahun lalu iPhone 15 Pro dilengkapi 6GB RAM. Tahun ini ia dijangka meningkat ke 8GB RAM bagi menampung ciri AI yang memerlukan memori yang tinggi.
Penganalisis cip pula meramalkan pemproses Apple A18 Pro kelak akan turut dilengkapi NPU dengan jumlah teras yang lebih tinggi atas sebab yang sama.
Ciri AI generatif dipercayai akan diberikan pada aplikasi seperti Siri, Spotlight, Apple Music, Health, Messages, Keynote dan bermacam-macam lagi.
Tahun ini kita mula melihat AIPC dan telefon AI mula dipasarkan dengan ciri yang bukan sekadar gimik.
Apakah yang akan diperkenalkan oleh Apple menerusi iOS 18 kelak pastinya dinantikan pengguna iPhone. -Amanz
#AI Generatif #kecerdasan buatan #iPhone 16 #Apple A18 Pro
;