IPFN HKL terbakar!
Astro Awani
Mac 17, 2018 13:54 MYT
Mac 17, 2018 13:54 MYT
Sebuah stor Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, enam buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat KLCC, Hang Tuah, Titiwangsa dan Setapak dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, seramai 40 kekuatan terdiri daripada pegawai dan anggota JBPM Kuala Lumpur terlibat dalam operasi itu.
Difahamkan, bilik rekod dan data di makmal patologi itu terlibat dalam kebakaran tersebut.
"Setakat ini, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
#Hang Tuah
#HKL
#Jabatan Bomba dan Penyelamat
#KLCC
#Kuala Lumpur
#Makmal
#patologi
#Setapak
#terbakar
#Titiwangsa