iPad Mini: Pengumuman minggu depan?

Astro Awani
Oktober 22, 2012 07:54 MYT
Apple Inc telah mengesahkan sebuah majlis akan diadakan Selasa. Ramai yang bertanya, adakah ini majlis pengumuman produk baru iPad mini yang telah lama ditunggu-tunggu?
iPad Mini yang dijangka di perkenalkan di California Theatre, San Jose ini ini dijangka dapat mencabar pesaing-pesaing Apple Inc seperti Amazon.com Inc dan Google Inc dengan produk iPad versi yang lebih kecil dan harga yang berpatutan.
Dalam jemputannya kepada pihak media, Apple Inc hanya, menyatakan ‘Kami ada sesuatu untuk anda.’
Menurut khabar angin, iPad mini dijangka menampilkan skrin paparan berukuran 7.85 inci atau 7 inci.
Selain itu , iPad mini juga dikhabarkan berharga lebih rendah daripada iPad sebelumnya. Menurut Sumber iPad mini ini akan dijual pada harga sekitar $250-$300 (RM763 - RM915).
#Amazon.com Inc #apple inc #California Theatre #Google Inc #iPad Mini