Internet sebagai hak asasi manusia, KKMM umum langkah seterusnya dalam masa terdekat - Annuar

Bernama
September 11, 2021 05:27 MYT
Pada 30 Ogos lepas, Annuar menekankan bahawa akses kepada kemudahan Internet dianggap sebagai hak asasi manusia selain daripada keperluan asas seperti pakaian, makanan dan tempat berteduh. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa akan mengumumkan langkah kementerian itu dalam menjayakan aspirasi akses kemudahan Internet sebagai hak asasi manusia.
"Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, Internet dan connectivity (kesalinghubungan) adalah human right (hak asasi manusia).
"Langkah KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) seterusnya akan menjurus ke arah menjayakan aspirasi ini.
"Saya akan mengumumkan sesuatu dalam masa terdekat, Insya-Allah," katanya dalam satu hantaran di Twitter rasmi beliau pada Sabtu.
Pada 30 Ogos lepas, Annuar yang yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia menekankan bahawa akses kepada kemudahan Internet dianggap sebagai hak asasi manusia selain daripada keperluan asas seperti pakaian, makanan dan tempat berteduh.
Beliau berkata akses Internet merupakan satu perkara keutamaan yang akan beliau beri perhatian ketika menerajui KKMM.
Beliau berkata selain program Jalinan Digital Negara (Jendela), akses kepada kemudahan Internet perlu dilihat secara keseluruhan kerana untuk menjadi sebuah negara maju dan moden, maka aspek kemudahan Internet dan berkaitan dengannya perlulah bertaraf dunia.

Saperti yg saya tegaskan sebelum ini,Internet dan connectivity adalah human right..langkah kkmm seterusnya akan menjurus kearah menjayakan aspirasi ini.Saya akan mengumumkan sesuatu dlm masa terdekat,insyaallah ..

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) September 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#Internet #hak asasi manusia #KKMM #Komunikasi dan Multimedia #Annuar Musa
;