Institut latihan memandu boleh beroperasi mulai 1 Jun

Harits Asyraf Hasnan
Mei 30, 2020 15:07 MYT
Para pengelola institut latihan memandu masih perlu termaktub kepada garis panduan yang dikeluarkan JPJ. - Foto fail Astro AWANI
Mesyuarat Khas Menteri hari ini bersetuju memberi kebenaran kepada institut latihan memandu serta proses pelesenan pemandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) beroperasi bermula 1 Jun ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, para pengelola masih perlu termaktub kepada garis panduan yang dikeluarkan JPJ.
"JPJ juga telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan ketetapan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti pemeriksaan suhu, nyahkuman di luar dan dalam kenderaan pada setiap masa sebelum dan selepas digunakan dan memastikan kapasiti dan aturan tempat duduk terkawal.
"Orang ramai diingatkan agar mematuhi segala arahan yang dikeluarkan dan juga mengamalkan norma baharu seperti penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri," ujarnya pada sidang media harian di sini pada Sabtu.
Keputusan itu dibuat kerajaan selepas mengambil kira permohonan yang dibuat pihak pengelola institut latihan memandu.
#COVID19 #ismail sabri yaakob #JPJ #Kementerian Kesihatan #keselamatan #KKM #latihan memandu #operasi #sekolah memandu #SOP
;