Institut kejuruteraan integrasi UTHM hasilkan pencuci tangan kekang penularan COVID-19
Ts Dr Mohd Fahmy Abdullah
Mac 15, 2020 22:06 MYT
Mac 15, 2020 22:06 MYT
Hakikat penularan COVID-19 semakin menjadi-jadi.
Walaupun keadaan masih terkawal dan tidak panik, namun apakah usaha yang dilakukan oleh sarjana-sarjana terbilang di Universiti?
Adakah sekadar melahirkan golongan intelektual namun tiada usaha dan penyelidikan yang dilakukan? Semakin hari semakin ‘kencang’ virus ini. Macam tiada kesudahan.
Sebagai salah sebuah universiti MTUN di Malaysia, UTHM terus menerus melakukan pelbagai usaha mengekang penularan wabak ini.
Di saat perlaksanaan e-learning yang sudah pasti menjamin keselamatan kakitangan dan para pelajar, tindakan keterhadapan perlu dilakukan sebagai sebuah gedung ilmu yang bukan hanya melahirkan para sarjana dan ilmuan.
Institut Kejuruteraan Integrasi (I2E) yang menghimpunkan segenap tenaga pakar dari bidang sains, teknologi dan kejuruteraan mengambil langkah proaktif menghasilkan pembersih tangan (hand sanitizer).
Usaha segera ini dapat menjimatkan kos dan mudah untuk disediakan.
Resepi penghasilan produk yang amat ringkas ini menggunakan bahan-bahan seperti etanol, aloe vera dan minyak wangi yang dapat disediakan dengan cepat dan mudah.
Untuk penyediaan satu botol kecil hand sanitizer bersaiz 100 ml, sebanyak 60 ml ethanol (ketulenan 95%) dan 20 ml air deionized (DI water) digunakan.
Komposisi ini berubah bergantung kepada kadar ketulenan ethanol. Manakala aloe vera dan minyak wangi adalah sebagai pelembab tangan dan memberikan rasa dan bau yang lebih selesa untuk penguna.
Institut Kejuruteraan Integrasi UTHM akan terus menerus melakukan penyelidikan dan langkah proaktif untuk menjamin kelestarian kampus dan terus menjadikan universiti sebagai tempat kesarjanaan ulung.