Institut Jantung Negara mahu tarik pesakit dari India
Bernama
Disember 24, 2012 15:07 MYT
Disember 24, 2012 15:07 MYT
Institut Jantung Negara (IJN) mahu menarik pesakit dari India dengan menawarkan penjagaan kesihatan yang maju pada kadar sebahagian daripada harga yang mereka bayar untuk rawatan di Amerika Syarikat dan Eropah.
Pengurus Pelancongan Perubatan dan Pembangunan Perniagaan, Chow Khoon Liam berkata tumpuan kepada India merupakan sebahagian daripada usaha menggalak lebih ramai orang dari Asia Selatan menggunakan pusat penjagaan jantung terkemuka Malaysia ini.
IJN berharap pesakit India akan tertarik kepada kos rawatan yang rendah di Malaysia dan tempoh penginapan yang mampu mereka tanggung, sementara menunggu mereka sembuh.
Prosedur 'angioplasty' yang mungin berharga US$100,000 (RM305,741) di Amerika sebagai contoh, boleh didapati pada kos US$13,000 (RM39,750) di Malaysia, kata Chow.
IJN akan bekerjsama dengan fasilitator penjagaan kesihatan India untuk mempromosi pakejnya.
#Chow Khoon Liam
#Institut Jantung Negara
#kesihatan
#Pengurus Pelancongan Perubatan dan Pembangunan Perniagaan