Institusikan SDG dalam ekosistem kampus - Pengarah CGSS

Irfan Faruqi
Jun 13, 2023 22:13 MYT
USM turut membuka peluang penyertaan program-program berkaitan SDG kepada pelajar dan kakitangannya bagi membolehkan mereka mengembangkan potensi masing-masing. - foto/Instagram @USMofficial
KUALA LUMPUR: Universiti Sains Malaysia (USM) menggunakan pendekatan menginstitusikan SDG dalam setiap aspek operasinya, untuk memberi manfaat menyeluruh kepada warganya.
Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei berkata, kaedah itu membolehkan universiti tersebut memenuhi indikator-indikator SDG meskipun USM tidak melaksanakan kajian berkaitan bidang tertentu
“Dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 16 sebagai contoh, walaupun di USM kita tidak tawarkan program pengajian undang-undang, tetapi kita tetap boleh dapat nombor satu di dunia.
“Sebab nilai-nilai yang berkaitan dengan keadilan sejagat dan keamanan, kita institusikan di semua peringkat, termasuk pusat akademik dan pentadbiran. Dalam SDG 2, kemiskinan sifar, kita buat kajian-kajian dan masukkan dalam pengajaran kita,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Mohd Wira menjelaskan, USM turut membuka peluang penyertaan program-program berkaitan SDG kepada pelajar dan kakitangannya bagi membolehkan mereka mengembangkan potensi masing-masing.
“Kita lihat juga cara untuk jangkaukan program tersebut kepada komuniti. Berkaitan kemiskinan, USM telah banyak laksanakan aktiviti-aktiviti di peringkat pelajar dan kakitangan yang berada di peringkat bawahan untuk kembangkan diri mereka,” jelasnya.
Institusikan SDG dalam ekosistem kampus - Pengarah CGSS
#SDG #Matlamat Pembangunan Mampan #kemiskinan sifar
;