KUALA LUMPUR:Semua pejabat dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh Sabah kecuali bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) akan beroperasi seperti biasa bagi tempoh 3 hingga 16 Okt ini.
Menurut KPM dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memberi kebenaran khas bagi membolehkan semua pegawai, guru dan kakitangan yang tinggal di luar daerah tempat bertugas merentas sempadan daerah untuk hadir bertugas supaya operasi institusi tidak terjejas.
"Bagi tujuan ini, Ketua Jabatan akan mengeluarkan surat arahan hadir bertugas kepada pegawai, guru dan kakitangan yang tinggal di luar daerah tempat bertugas.
"Surat kebenaran khas juga akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada murid yang tinggal di luar daerah sekolah bagi membolehkan murid merentas sempadan daerah untuk hadir ke sekolah."
Bagaimanapun, menurut KPM pengoperasian institusi pendidikan di daerah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna tertakluk kepada PKPDB secara pentadbiran yang bermula pada 29 Sept hingga 12 Okt.
Sebanyak 209 sekolah kerajaan dan swasta di bawah KPM di daerah terlibat ditutup berikutan pelaksanaan PKPDB.
"KPM akan terus komited untuk memastikan semua murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat sepanjang tempoh perintah kawalan rentas daerah ini.
"Sekiranya murid yang tinggal di luar daerah tidak boleh hadir ke sekolah, guru akan menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah atau home-based learning mengikut kesesuaian guru dan murid," menurut kenyataan itu.
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun menerusi portal rasmi KPM www.moe.gov.my
Pada Khamis, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah mulai 12.01 tengah malam 3 Okt hingga 16 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 03 2020
![Institusi pendidikan di Sabah beroperasi seperti biasa - KPM Institusi pendidikan di Sabah beroperasi seperti biasa - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71601738272_Bangunan.jpg)
Semua pejabat dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM di seluruh Sabah kecuali bagi kawasan PKPDB akan beroperasi seperti biasa. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![ChatGPT Edu diumum untuk kegunaan di universiti ChatGPT Edu diumum untuk kegunaan di universiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715229620_chatGPTjpg.jpg)
ChatGPT Edu diumum untuk kegunaan di universiti
Pengguna ChatGPT Edu diberikan akses kepada model GPT-4o yang boleh mengenal pasti teks, melakukan pengaturcaraan dan perkiraan matematik.
![Pelajar antarabangsa tingkatkan permintaan dalam pasaran kediaman - Juwai IQI Pelajar antarabangsa tingkatkan permintaan dalam pasaran kediaman - Juwai IQI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715679382_apartmentresidence.jpg)
Pelajar antarabangsa tingkatkan permintaan dalam pasaran kediaman - Juwai IQI
Pelajar antarabangsa meningkatkan permintaan untuk hartanah sewa di bandar yang mempunyai institusi pendidikan yang besar terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
![Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula pada sesi persekolahan 2024/2025 - KPM Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula pada sesi persekolahan 2024/2025 - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699342761_WargaEmas.jpg)
Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula pada sesi persekolahan 2024/2025 - KPM
Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula dilaksanakan di semua institusi pendidikan pada Sesi Persekolahan 2024/2025 bagi memartabatkan syiar Islam, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
![Minggu Solidariti Palestin raih kutipan dana RM9.2 juta Minggu Solidariti Palestin raih kutipan dana RM9.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699028809_Demonstrators.jpg)
Minggu Solidariti Palestin raih kutipan dana RM9.2 juta
Minggu Solidariti Palestin bertujuan mendidik murid dan warga KPM mengenai nilai manusiawi.
![Institusi pendidikan dan latihan perlu tumpu integriti, tata kelola baik - KSN Institusi pendidikan dan latihan perlu tumpu integriti, tata kelola baik - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666012376_MohdZukiAli.jpg)
Institusi pendidikan dan latihan perlu tumpu integriti, tata kelola baik - KSN
Mohd Zuki berkata ia juga selari dengan konsep membangun Malaysia Madani yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Penglibatan korporat dalam program sastera bantu bangunkan bakat generasi muda - Radzi Penglibatan korporat dalam program sastera bantu bangunkan bakat generasi muda - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662387633_RadziJidin.jpg)
Penglibatan korporat dalam program sastera bantu bangunkan bakat generasi muda - Radzi
Penglibatan badan korporat dalam program sastera peringkat institusi pendidikan berupaya membantu pembangunan bakat generasi muda dalam bidang berkenaan.
![MARA pasang panel sistem solar photovoltaik di institusi pendidikannya dengan kerjasama TNB MARA pasang panel sistem solar photovoltaik di institusi pendidikannya dengan kerjasama TNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661516331_TBMAHDZIRKHALIDPULLM.jpg)
MARA pasang panel sistem solar photovoltaik di institusi pendidikannya dengan kerjasama TNB
MARA mengambil langkah pro-aktif dalam melestarikan alam sekitar dengan memasang panel sistem solar photovoltaik bagi menjana tenaga elektrik bersih di institusi pendidikannya.
![Protes Hijab: Ratusan wanita kecam larangan pakai tudung di India Protes Hijab: Ratusan wanita kecam larangan pakai tudung di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644792922_IndianMuslim.jpg)
Protes Hijab: Ratusan wanita kecam larangan pakai tudung di India
Mereka melaungkan slogan mengecam "penindasan terhadap umat Islam".
![COVID-19: Lagi kluster institusi pendidikan direkodkan di Sabah COVID-19: Lagi kluster institusi pendidikan direkodkan di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642239104_TBmasidimanjun.jpg)
COVID-19: Lagi kluster institusi pendidikan direkodkan di Sabah
Kes indeks merupakan pelajar lelaki Tingkatan Empat yang dikesan positif pada 21 Jan setelah bergejala sejak 19 Jan lepas.
![Institusi pendidikan terjejas banjir, jadi PPS, dibuka selepas sedia beroperasi - KPM Institusi pendidikan terjejas banjir, jadi PPS, dibuka selepas sedia beroperasi - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641225277_PPSbanjirkilat.jpg)
Institusi pendidikan terjejas banjir, jadi PPS, dibuka selepas sedia beroperasi - KPM
Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang terkesan akibat banjir atau dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) hanya akan dibuka semula setelah ia sedia untuk beroperasi.