Institusi diraja adalah payung negara, jangan sekali-kali dicabar - Armada

Astro Awani
April 22, 2021 17:25 MYT
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan, ruang kebebasan bersuara yang diberikan tidak boleh disalah guna, terutamanya untuk menunjukkan sikap membuli. - Bernama
KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan derhaka sesetengah pihak yang mempamerkan kebiadaban melampau terhadap Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anggota kerabat.
Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan, ruang kebebasan bersuara yang diberikan tidak boleh disalah guna, terutamanya untuk menunjukkan sikap membuli.
"Institusi Diraja adalah payung negara. Maruah dan kedaulatan raja-raja dan keutuhan institusi ini tidak sekali-kali boleh dicabar oleh mana-mana pihak," ujarnya.
Justeru, Armada menggesa agar tindakan keras diambil ke atas pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Teladan harus ditunjukkan agar Rukun Negara yang kedua dan kelima ditegakkan sepenuhnya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
#Yang di-Pertuan Agong #Permasuri Agong #Dengki ke #Instagram #kerabat diraja #vaksin #Bahagian Regulatori Farmasi Negara #Dengkike
;