Jamil Khir ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis, berkata dalam masa yang sama pihaknya sedang menghubungi hospital dan rumah mayat di sana.
Menurutnya, kejadian yang berlaku di sebelah pagi itu, mungkin tidak melibatkan jemaah haji Malaysia memandangkan lontaran di Mina biasanya dilakukan selepas waktu Asar.
Jamil Khir turut menegaskan laporan dan video yang diterima pihaknya menunjukkan kejadian tersebut berlaku di kawasan penempatan khemah Arab Saudi dan bukan kawasan yang menempatkan jemaah haji Malaysia.
Beliau berkata, pemantauan lanjut untuk memastikan jika ada jemaah haji dari Malaysia yang terlibat tetap diteruskan.
Buat masa ini, tiada jemaah haji dari Malaysia disahkan terlibat dalam insiden yang berlaku kira-kira 11.30 pagi (waktu Arab Saudi).
BACA: Insiden rempuhan Mina: Apa yang kita tahu setakat ini?
BACA: Insiden rempuhan Mina: 453 jemaah haji terkorban, 719 cedera