Insiden rempuh basikal: Sultan Johor minta ibu bapa lebih tegas awasi anak
Shahrul Hassan
Februari 18, 2017 15:22 MYT
Februari 18, 2017 15:22 MYT
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya ibu bapa mengawasi anak-anak mereka dan meminta ibu bapa lebih tegas.
Titahnya, biar anak yang menangis dan bukannya kita sebagai ibu bapa yang menangis di kemudian hari.
Baginda bertitah, baginda memahami perasan kehilangan anak kerana pernah menghadapi situasi itu.
"Biar dia menangis, jangan kita menangis. Saya ucapkan takziah.
“Saya pun ada anak dan sudah pun pergi tak kembali, kalau saya sedih awak sebagai ibu dan bapa kepada mangsa mesti lebih sedih,” titah Sultan Ibrahim kepada keluarga mangsa.
Baginda berkenan mencemar duli melawat waris lapan remaja berbasikal yang maut, di bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Baginda tiba di perkarangan bilik mayat HSA pada jam 11.15 pagi dan meluangkan masa kira-kira 10 minit dengan memberi kata semangat kepada waris.