Insiden kuil: Selangor adakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara

Astro Awani
November 27, 2018 16:45 MYT
Amirudin melawat keluarga Muhammad Adib di SJMC. - Twitter/@AmirudinShari
Satu Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor akan diadakan petang ini bagi membincangkan langkah seterusnya berhubung insiden yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, awal pagi semalam.
Menteri Besar, Amirudin Shari yang memaklumkan perkara itu menerusi akaun Twitternya hari ini berkata, keutamaan beliau kini ialah untuk mengembalikan ketenteraman awam.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan waktu serta lokasi mesyuarat itu akan diadakan.
Selain itu, Amirudin juga mengecam keras tindakan serangan ke atas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Muhammad Adib Muhammad Kassim.
"Saya mengecam dengan keras serangan ke atas anggota bomba dan penyelamat yang sedang bertugas.
"Saya telah melawat pegawai bomba Muhammad Adib bin Muhammad Kasim dan keluarga beliau di SJMC. Kerajaan Negeri menzahirkan rasa sedih dan simpati dan bersetuju menanggung semua kos rawatan beliau," katanya.
Amirudin turut menggesa semua pihak agar berhenti dari mengeluarkan kenyataan yang akan memburukkan keadaan, menunding jari ataupun menyebarkan berita palsu.
"Sebaiknya kita semua bekerjasama untuk mencari jalan penyelesaian dan mengembalikan ketenteraman awam.
"Kerajaan Negeri Selangor menyatakan sepenuh keyakinan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.
"Kerajaan Negeri memberi sepenuh kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengembalikan ketenteraman awam dan suasana yang terkawal," katanya lagi.

Saya telah melawat Pegawai Bomba Muhammad Adib bin Muhammad Kasim dan keluarga beliau di SJMC. Kerajaan Negeri menzahirkan rasa sedih dan simpati dan bersetuju menanggung semua kos rawatan beliau. Marilah sama-sama kita mendoakan agar saudara Muhammad Adib sembuh dan sihat. pic.twitter.com/0r0emzBAIv

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) November 27, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya mengecam dengan keras serangan ke atas anggota bomba dan penyelamat yang sedang bertugas. Keutamaan saya kini adalah utk mengembalikan ketenteraman awam. Saya telah memanggil Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri petang ini bagi membincangkan langkah seterusnya.

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) November 27, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya menggesa semua pihak agar berhenti dari mengeluarkan kenyataan yang akan memburukkan keadaan, menunding jari ataupun menyebarkan berita palsu. Sebaiknya kita semua bekerjasama untuk mencari jalan penyelesaian dan mengembalikan ketenteraman awam.

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) November 27, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kerajaan Negeri Selangor menyatakan sepenuh keyakinan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya. Kerajaan Negeri memberi sepenuh kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengembalikan ketenteraman awam dan suasana yang terkawal.

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) November 27, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Amirudin Shari #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #JBPM #kuil sri maha mariamman #Majlis Keselamatan Negara #MB Selangor #MKN #Mohd Adib Mohd Kassim #Selangor
;