TARIK nafas dalam-dalam, lepaskanlah perlahan-lahan. Lapangkan fikiran. Sesungguhnya kita semua perlu muhasabah diri.
Pada malam Selasa (27 November), secara amnya suasana di sekitar kawasan Kuil Sri Maha Mariaman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor sudah kembali aman seperti biasa, meskipun ada cubaan provokasi.
Meskipun begitu, pada 24 jam sebelumnya, lokasi itu 'digemparkan' dengan insiden pertembungan antara dua kumpulan yang masing-masing mempunyai isu untuk ditegakkan.
Perselisihan faham meluap-luap dengan bawaan emosi, lantas bersulam aksi fizikal. Perkataan 'rusuhan' mula digunakan, kenderaan dibakar, api pun marak sebagaimana maraknya debaran dan perasaan ingin tahu penduduk di radius kejadian.
Susur masa di media sosial 'menjerit-jerit' dengan maklumat dan cerita yang bermacam-macam. Hawa panas disebar-sebar, ditokok tambah, dimomok-momok!
Di lokasi kejadian, daripada melibatkan kumpulan kecil, bertambah jadi kumpulan besar, dan akhirnya menjadi lautan manusia yang kebanyakannya tidak memahami watak, tujuan serta pendirian masing-masing di situ.
Malangnya sebahagian besar daripada bilangan itu menjadi penonton semata-mata. Lebih malang, apabila ada daripada mereka datang bersama agenda menjadi batu api dan penyimbah minyak.
Pada awalnya ketika kebakaran terjadi, pihak bomba telah datang untuk menjalankan tugas memadam api. Tapi malangnya keadaan jadi huru-hara. Malah, ada anggota yang cedera dikasari tanpa sebab.
Kecoh sekali. Sedangkan ia sepatutnya mudah dikawal.
Walau apapun, jika benar, sesiapapun yang menyebabkan kecederaan anggota itu, perlu diadili menerusi saluran undang-undang.
Sebenarnya, berbalik kepada cara kita semua menangani berita ini sejak awal, kita perlu melihat kepada konteks yang lebih luas. Apakah yang kita perlu belajar daripada insiden ini?
SERAH PADA PIHAK BERKUASA
Pihak berkuasa, sama ada Unit Simpanan Persekutuan (FRU), polis dan anggota trafik tahu apa yang mereka perlu lakukan. Yang tidak berkenaan, terutamanya orang luar kawasan, silalah menjauh dari lokasi kejadian.
Anggota keselamatan ini sudah terlatih untuk menguruskan situasi seumpama ini. Soal kawalan orang awam, kawalan lalu lintas, penguatkuasaan undang-undang dan kesediaan bertindak berdasarkan sebarang kemungkinan.
Begitu juga anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian sebagai respons insiden kebakaran kenderaan tersebut. Mengapa mereka pula dihalang dan dikasari?
Mereka dikerahkan di situ bersebab. Hormatilah tugas dan autoriti mereka.
MESEJ BERACUN
Sepanjang dua hari kes ini disensasikan, susur masa media sosial dibanjiri pelbagai muat naik yang menjengkelkan.
Sudahlah tidak tahu dan tidak faham situasi, tapi sengaja nak turut serta sesi ‘membawang’ di alam maya. Mulalah menggunakan istilah atau kata hinaan pada kaum tertentu seolah-olah bangsa sendiri mulia, dan terhormat, dan tiada dosa.
Ibaratnya, api yang ada cuma sebesar hujung mancis, tapi ramai yang datang berbondong-bondong bawa tong minyak!
Ada juga mesej audio yang memetik dari ‘group sebelah’ yang kononnya memberitahu tentang gelombang 'rusuhan' seterusnya. Ada pula yang memetik kata kawan (yang terang-terang berdasarkan andaian) mengatakan jangan keluar rumah kerana keadaan tidak selamat.
Wah! Dengar macam bahaya... Tapi ia langsung tidak benar. Malah sumber yang menyampaikan itu, mungkin tinggal di Alor Setar, atau Johor Bahru, atau Kemaman! Apa kena-mengena kalian punya perangai gelabah itu dengan situasi di Subang Jaya?
HINDARKAN PROVOKASI
Ada sekumpulan anak muda yang datang ke lokasi kejadian pada lewat malam Selasa. Apabila pihak berkuasa bertanya kepada mereka, mengapa mereka ke situ, jawapannya: “Saja nak tengok-tengok. Nak pastikan keadaan terkawal.”
Hei kau siapa?! Kalian sepatutnya tak perlu datang menyibuk! Pihak berkuasa dan anggota keselamatan dah ada. Pergilah duduk kedai mamak atau balik saja ke rumah!
Apabila diminta bersurai, ‘liat’ pula kumpulan anak muda itu untuk mematuhi arahan. Lebih aneh dan tidak perlu, ada yang sengaja melaungkan ‘Allahu Akbar’ di situ. Kononlah tu hendak jadi wira bangsa.
Tapi apa kewajaran dia melaung takbir di kawasan kuil berkenaan yang sudahpun terkawal dan hendak kembali aman? Baliklah ke rumah dan takbirlah sekuat hati ketika kalian mahu solat.
Tidakkah mereka berfikir panjang bahawa setiap apa yang dilakukan atau disebutkan, dalam situasi yang tidak perlu, boleh menyumbang kepada provokasi yang tidak wajar?
BIJAK MENYARING MAKLUMAT
Kepada pengguna media sosial juga, agaknya berapa kali kes seumpama ini perlu kita hadapi untuk kita benar-benar menjadi pintar untuk menyaring dan menerima maklumat?
Daripada terus pantas menyebarkan khabar angin atau maklumat yang salah, berfikirlah dahulu.
Setiap maklumat yang kita terima, lebih-lebih lagi kalau kandungannya meragukan, biarlah ia berakhir di tangan kita sendiri. Tidak perlu disebarkan, tidak perlu dikongsi.
Ada banyak lagi kebaikan yang boleh dibuat dengan memanfaatkan gajet komunikasi di tangan ada itu. Kenali fakta, bukan khabar-khabar dusta!
WIBAWA AHLI POLITIK
Kejadian seperti ini memang menguji golongan ketua masyarakat, pemimpin dan juga ahli politik, khususnya dalam bidang kuasa berkaitan.
Inilah masanya untuk membuktikan kredibiliti, integriti dan juga nilai kemanusiaan itu sendiri. Inilah masanya untuk bercakap tentang penyelesaian, dan bukannya menambah rasa panik atau marah, atau ligat menuding jari, apatah lagi mendiamkan diri dan tidak berbuat apa-apa.
Bertindaklah dengan matang dan berhemah. Bercakaplah tentang sesuatu yang menyejukkan dan meredakan suasana. Berikanlah arahan yang bersifat membendung dan mendamaikan.
Usahlah menangguk di air keruh. Janganlah jadikan insiden seperti ini untuk bertindak janggal hanya kerana mahu perhatian murahan atau demi ‘political mileage’ semata-mata.
Kewibawaan anda sedang diperhatikan rakyat keseluruhannya!
HORMATI PENDUDUK TEMPATAN
Kemarahan yang paling valid sebenarnya adalah daripada keluhan penduduk tempatan di sekitar kawasan insiden itu yang ‘lumpuh’ aktiviti harian mereka. Jalan disekat dan dilencong, sekali gus laluan pulang ke rumah pula mengambil masa yang panjang gara-gara trafik yang sesak.
Kasihani mereka! Bayangkan kesulitan yang mereka hadapi apabila hendak ke tempat kerja, menghantar anak mahupun yang hendak berbelanja keperluan dapur.
Entah dari mana datangnya orang ramai yang sibuk hendak ‘meninjau’ lokasi kejadian, sekali gus memaksa pihak berkuasa meningkatkan kawalan sedangkan pada dasarnya, kesibukan itu tidak perlu pun wujud!
Orang yang terlibat hanya segelintir, tapi yang berada di lokasi kejadian umpama hendak tengok konsert! Kalian yang tiada kena-mengena di situ amat menyusahkan!
DUNIA LEBIH INDAH
OK? Sudah faham semua? Sudah tenang?
Lihatlah betapa indahnya kehidupan di sekeliling kita ini, yang setiap hari bertemu dengan pelbagai bangsa tanpa mengira rupa, bahasa, warna kulit dan latar budaya.
Sekian lama kita hidup bersama. Semua itu yang menjadikan kita rakyat Malaysia unik dan luar biasa di mata dunia.
Hargailah keamanan dan kesefahaman. Raikanlah kepelbagaian, fahamilah erti kesejahteraan bersama. Hidupkanlah konsep tertib dan adab bermasyarakat.
Kita akan berdepan lagi kes-kes seperti ini di mana-mana ceruk negara ini. Bersedialah untuk menanganinya dengan penuh kematangan.
Beginilah... Setiap kali sesuatu yang sensasi berlaku, sebenarnya kita sendiri yang tersilap dalam mentafsir konsep prihatin.
Sifat mahu ambil tahu itu lumrah, tapi apabila sudah sampai ke tahap menyibuk dan mengapi-apikan... itu parah!
Hamzah Hamid
Tue Nov 27 2018
Apa sebab nak tambah kecoh ni?
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Tommy dakwa permohonan komital keluarga Adib tidak lengkap
Keluarga mangsa sebelum ini mendakwa Tommy sebagai Peguam Negara tidak boleh mengeluarkan keputusan berhubung punca kematian Muhammad Adib.
Inkues Adib: Prosiding inkues bakal ditentukan 24 Julai
Tarikh itu juga bakal ditentukan permohonan pihak peguam keluarga Muhammad Adib untuk memulakan prosiding komital terhadap Tommy Thomas.
Keluarga Allahyarham Adib mohon Tommy Thomas 'diheret' ke mahkamah
Permohonan untuk memulakan sesi komital itu difailkan bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, menerusi Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates.
Inkues Adib: Terdapat kesilapan pada teori pakar forensik HKL - Pakar Fizik
Dr Amir Radzi Ab Ghani merupakan saksi ke-30 hadir bagi sesi prosiding inkues bagi membantu memberi keterangan berhubung teori daya pelanggaran.
Inkues Adib: Laporan bedah siasat tidak selari dengan teori kecederaan - Saksi pakar
Saksi ke-29 itu berkata hal itu agak mustahil susulan keadaan kelajuan van EMRS yang berundur sewaktu rusuhan tidak berpadanan dengan kecederaan.
Inkues Adib: Adib mungkin dalam keadaan separa sedar - Saksi pakar
Menurut saksi ke-29, Muhammad Adib tidak menunjukkan sebarang tindakan seperti melawan atau mempertahankan diri.
Inkues Adib: Prosiding tangguh, saksi tidak hadir
Saksi terakhir yang merupakan Bekas Pakar Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) itu masih diperlukan.
Inkues Adib: Adib tidak menjawab soalan polis - Saksi
Saksi ke-28 itu berkata perkara itu ketika beliau melawat mangsa pada kali kedua di ICU Institut Jantung Negara (IJN) pada 12 Disember 2018.
Inkues Adib: Status di Facebook punca saya dikecam - Pakar forensik
Dr Ahmad Hafizam sebelum ini memberitahu, kecederaan yang dialami Muhammad Adib tidak berpadanan dengan kecederaan fizikal akibat dikasari.
'Pecat Waytha!', Geras beri masa 40 hari
Presiden Geras menegaskan sekiranya Perdana Menteri gagal memecat Waytha dalam tempoh 40 hari, satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan.