Insiden kren Lebuh Raya SUKE: Mayat terakhir dijangka dibawa turun menjelang tengah malam

Ridauddin Daud
Mac 23, 2021 20:25 MYT
Kerja mengukuh dan menstabilkan struktur kini dalam fasa akhir dan dijangka pada jam 9 malam ini anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) akanmula menjalankan misi menurunkan jasad mangsa. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki yang masih tersepit dalam insiden komponen kren runtuh di projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dijangka dibawa turun menjelang tengah malam Selasa,
Menurut sumber, kerja mengukuh dan menstabilkan struktur kini dalam fasa akhir dan dijangka pada jam 9 malam ini anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) akan mula menjalankan misi menurunkan jasad mangsa.
"Selepas kerja menstabilkan ini seleasa, bomba akan naik untuk menurunkan mayat," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Selasa.
Tinjauan Astro AWANI mendapati kawasan di tapak pembinaan masih sibuk dan anggota keselamatan dilihat silih berganti masuk ke lokasi kejadian.
Difahamkan juga wakil dari JBPM akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (DOSH) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah menjalankan siasatan awal terhadap insiden berkenaan.
BACA: Insiden kren Lebuh Raya SUKE: Satu lagi mangsa korban dipercayai masih tersepit
"Jabatan juga sudah mengeluarkan notis larangan utk semua kerja mengangkat di projek berkenaan.
Insiden SUKE | Perkembangan semasa usaha keluarkan mangsa ketiga
BACA: Insiden kren Lebuh Raya SUKE: Prolintas ambil tindakan tegas jika terbukti ada kecuaian
"Tindakan perundangan lanjut akan diambil berdasarkan siasatan terperinci yg dilaksanakan jabatan.
"Notis larangan hanya akan dibatalkan sekiranya majikan ambil tindakan pembetulan dan langkah komprehensif," katanya.
Pagi semalam, lima buruh asing dan seorang warga tempatan dilaporkan terbabit dalam kejadian berkenaan.
Dua buruh asing maut terjatuh dari ketinggian 120 kaki, seorang maut kerana tersepit pada struktur besi manakala dua lagi terselamat. Pemandu kereta yang ditimpa gantri itu cedera pada leher dan mendapat rawatan di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz.
#Lebuh Raya SUKE #Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang #suke #kren jatuh #JBPM #Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja #DOSH
;