Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah hari ini mengesahkan insiden keretapi yang tergelincir dari landasan di Beaufort pada petang Ahad.
Menurut jurucakapnya, pihak mereka juga menafikan hebahan media sosial yang mengatakan insiden keretapi tergelincir itu mempunyai kaitan dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di Ranau, Sabah.
Sebelum ini Harian Metro melaporkan, insiden yang berlaku pada 1.30 petang itu menyebabkan dua daripada tiga gerabak kereta api berkenaan hampir rebah ke bumi dan menyebabkan lebih 50 penumpang di dalamnya bertindih sesama sendiri.
Dalam laporan yang sama, keretapi itu dikatakan tergelincir dari landasan sejauh kira-kira 50 meter sebelum berhenti ketika dalam perjalanan ke Tenom selepas berlepas dari Stesen Keretapi Beaufort, di Kampung Batu 60.
Gambar-gambar insiden keretapi tergelincir itu mula tersebar di media sosial dan orang ramai mula tertanya-tanya sama ada insiden itu disebabkan gegaran susulan yang berlaku di Ranau.
Pada 1.32 petang Ahad, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlakunya satu gegaran lemah berukuran 3.7 magnitud berlaku 13km dari barat laut Ranau.
Berikutan gegaran itu, sidang media yang sepatutnya dijalankan bersama kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Liwagu, Kundasang di sini terpaksa dibatalkan.
Situasi tersebut membuatkan semua orang yang berada dalam ruang berlangsungnya sidang media berkenaan, termasuk petugas media dan pegawai pengiring bergegas keluar.
BACA: Sidang media TPM ditangguh seketika berikutan berlaku gegaran susulan
BACA: Pelancong bogel di Gunung Kinabalu dihalang tinggalkan Sabah
BACA: 7 perkara yang anda perlu tahu mengenai kejadian gempa bumi di Ranau
Astro Awani
Mon Jun 08 2015
![Insiden keretapi tergelincir di Beaufort tiada kaitan dengan gempa bumi - Bomba Sabah Insiden keretapi tergelincir di Beaufort tiada kaitan dengan gempa bumi - Bomba Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61433687216_295x200.jpg)
Foto keretapi tergelincir dari landasan di Beaufort yang menjadi viral di media sosial.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pasangan warga emas maut dalam kemalangan babit dua kereta Pasangan warga emas maut dalam kemalangan babit dua kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714916792_kemalangan.jpg)
Pasangan warga emas maut dalam kemalangan babit dua kereta
Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Lingkungan, Beaufort, tengah hari tadi.
![Banjir di Sabah pulih sepenuhnya Banjir di Sabah pulih sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695799982_MangsaBanjir.jpg)
Banjir di Sabah pulih sepenuhnya
Bencana banjir yang berlaku di daerah Beaufort sejak Jumaat lepas pulih sepenuhnya, dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah itu telah ditutup pada tengah hari tadi.
![Banjir: 299 orang masih berlindung di empat PPS di tiga negeri Banjir: 299 orang masih berlindung di empat PPS di tiga negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695524335_MANGSABANJIR.jpg)
Banjir: 299 orang masih berlindung di empat PPS di tiga negeri
Tiga negeri yang terjejas setakat 9 pagi ini ialah Perak, Sabah dan Sarawak.
![Banjir Sabah: 102 mangsa di Beaufort dipindahkan ke PPS Dewan Selagon Banjir Sabah: 102 mangsa di Beaufort dipindahkan ke PPS Dewan Selagon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61685980402_BanjirBukitRaja.jpg)
Banjir Sabah: 102 mangsa di Beaufort dipindahkan ke PPS Dewan Selagon
PPS itu menempatkan seramai 15 lelaki dan 32 wanita, manakala selebihnya 35 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan.
![Lebih 1,800 penerima STR, SARA disantuni dalam program penyerahan bantuan di Beaufort Lebih 1,800 penerima STR, SARA disantuni dalam program penyerahan bantuan di Beaufort](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691318184_TBMOFjpg.jpg)
Lebih 1,800 penerima STR, SARA disantuni dalam program penyerahan bantuan di Beaufort
Kalangan penerima menzahirkan rasa syukur di atas sumbangan itu yang sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan sara hidup mereka seharian.
![[RASMI] PRU15: Calon BN, Siti Aminah menang di Beaufort [RASMI] PRU15: Calon BN, Siti Aminah menang di Beaufort](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668867265_SitiAminahAching.jpg)
[RASMI] PRU15: Calon BN, Siti Aminah menang di Beaufort
Calon Barisan Nasional (BN), Siti Aminah Aching memang di kerusi Parlimen Beaufort dengan majoriti 2,518 undi.
![Mangsa banjir di Sabah tinggal 63 orang Mangsa banjir di Sabah tinggal 63 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630635311_BANJIRDIBEAUFORT.jpg)
Mangsa banjir di Sabah tinggal 63 orang
Hanya satu PPS masih beroperasi iaitu Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di Beaufort.
![Operasi cari Jude Angel belum temui sebarang tanda Operasi cari Jude Angel belum temui sebarang tanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657364042_TBKANAKHILANG.jpg)
Operasi cari Jude Angel belum temui sebarang tanda
Pasukan mencari dan menyelamat masih belum menemui sebarang tanda berkenaan kehilangan kanak-kanak terbabit.
![Kanak-kanak 18 bulan dikhuatiri hilang di hutan atau jatuh sungai di Beaufort Kanak-kanak 18 bulan dikhuatiri hilang di hutan atau jatuh sungai di Beaufort](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657364042_TBKANAKHILANG.jpg)
Kanak-kanak 18 bulan dikhuatiri hilang di hutan atau jatuh sungai di Beaufort
Seorang kanak-kanak perempuan 18 bulan dikhuatiri jatuh sungai atau hilang di hutan selepas keluar dari rumah dalam kejadian di Kampung Batu 66, Beaufort pada Sabtu.
![Banjir Sabah: 1,826 mangsa ditempatkan di 16 PPS Banjir Sabah: 1,826 mangsa ditempatkan di 16 PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652258553_TBbanjirsabah.jpg)
Banjir Sabah: 1,826 mangsa ditempatkan di 16 PPS
Seramai 1,826 mangsa daripada 698 keluarga dipindahkan ke 16 pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian banjir di Sabah.