Insiden gas bocor di Sepang, punca masih disiasat
Astro Awani
Julai 4, 2024 16:11 MYT
Julai 4, 2024 16:11 MYT
KUALA LUMPUR: Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dipercayai telah dikejarkan ke Sepang sehubungan dakwaan kebocoran gas di pusat Sepang Aircraft Engineering (SAE) di Zon Tindakbalas Selatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Khamis.
Astro AWANI difahamkan, setakat ini, enam anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat KLIA serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan anggota HAZMAT turut dikejarkan ke lokasi kejadian.
Terdahulu, satu pautan di platform media sosial Facebook (@sepangviral) memaparkan terdapat satu insiden kebocoran gas dipercayai berdekatan pusat SAE.
Beberapa foto turut dipaparkan di pautan FB berkenaan menunjukkan orang awam menunggu di lokasi kejadian.
Astro AWANI masih menunggu pengesahan dari pihak yang bertanggungwab berhubung insiden ini.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]