Insiden bumbung rosak: Stesen LRT Kelana Jaya beroperasi semula

Raja Hisyam Raja Zaid
Mac 4, 2018 19:22 MYT
Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu, hujan lebat serta angin kencang telah menerbangkan sebahagian bumbung stesen berkenaan. - Foto Astro AWANI
Stesen LRT Kelana Jaya yang ditutup buat sementar sejak Sabtu, telah dibuka semula kepada pengguna pada pada jam 9.50 malam tadi.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Prasarana hari ini, syarikat itu memaklumkan bumbung di atas platform yang terjejas telah siap dibaikpulih sekitar 6 petang tadi.
Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu, hujan lebat serta angin kencang telah menerbangkan sebahagian bumbung stesen berkenaan.
Bertindak atas faktor keselamatan, pihak pengurusan Laluan LRT Kelana Jaya telah menutup sementara stesen tersebut bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan membaikpulih.
BACA: Bumbung melayang dipukul angin, stesen LRT Kelana Jaya ditutup sementara
BACA: Stesen LRT Kelana Jaya masih ditutup
Sepanjang penutupan, bas perantara percuma disediakan untuk membawa penumpang dari Stesen Taman Bahagia ke Stesen Kelana Jaya dan sebaliknya.
Operasi di stesen-stesen lain di LRT Laluan Kelana Jaya berjalan seperti biasa.
Baki kerja-kerja membaikpulih bumbung stesen di bahagian atas landasan akan bersambung dalam beberapa hari ini, selepas waktu operasi setelah bekalan elektrik di atas landasan ditutup sementara untuk kerja membaikpulih bumbung.
Justeru itu, para pengguna diminta mematuhi arahan dan notis yang ditampal di platform stesen.
Para pengguna diminta menyemak status terkini perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya menerusi akaun media sosial facebook.com/myrapid atau twitter @MyRapidKL.
#bas #berita Malaysia #Berita Terkini #bumbung terbang #Facebook #Kelana Jaya #keselamatan #LRT #Malaysia #Media #media sosial #operasi #prasarana #Twitter
;