INPUMA UM terima sumbangan buku bernilai lebih RM11,000 dari Suruhanjaya Tinggi Singapura
Nickyson Nyambar
September 4, 2021 20:17 MYT
September 4, 2021 20:17 MYT
KUALA LUMPUR : Sebanyak 153 buku bernilai lebih RM11,000 disumbangkan oleh Suruhanjaya Tinggi Singapura untuk Institut Polisi Awam dan Pengurusan Antarabangsa (INPUMA) Universiti Malaya menambah kepada sumber akademik sedia ada.
Pengarah Eksekutif INPUMA, Profesor Dr Shakila Yacob berkata, tambahan ini semestinya memberi manfaat besar terutama buat pelajar INPUMA universiti berkenaan.
"Sumbangan ini sudah pastinya akan memperbesarkan pemilikan (buku) di perpustakaan sedia ada.
"Pelajar INPUMA sudah pasti akan mendapat manfaatnya dan kami mengharapkan kerjasama pendidikan yang lebih jauh di (masa akan datang)," katanya menerusi perkongsian Facebook Singapore High Commission in KL and Consulate-General in JB.
Beliau dalam masa sama merakamkan penghargaan di atas sumbangan tersebut.
Bagi Timbalan Suruhanjaya Tinggi Singapura Mr Loy Hui Chien, inisiatif secara bilateral ini dilakukan sebagai tanda sokongan terhadap pembelajaran jangka panjang.
"Suruhanjaya Tinggi Singapura menyokong pembelajaran jangka panjang dan kita berharap buku-buku yang disumbangkan kepada INPUMA dapat dimanfaatkan untuk kajian dan penelitian strategik," katanya.
Sumbangan itu diserahkan kepada INPUMA pada Selasa.