Inovasi pukat 'tangkap' sampah di Pulau Sepanggar

Tan Su Lin
April 22, 2018 23:24 MYT
Petugas resort terpaksa mengutip sampah sarap yang hanyut ke pantai. - Astro AWANI/Tan Su Lin
Pasti ramai yang cukup kenal dengan Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi yang sinomin dengan Kota Kinabalu, Sabah.
Namun baru-baru ini, wujud satu lagi pulau peranginan yang makin mendapat perhatian pelancong dalam dan luar negara.
Dari bandar Kota Kinabalu, anda hanya perlu naik bot selama 15 minit ke sebuah pulau dinamakan Pulau Sepanggar.
Di pulau itu hanya ada satu penginapan iaitu Mari Mari Sepanggar.
Air lautnya yang biru dan pasirnya putih gebu pasti menggamit pemandangan damai dan tenang.
Namun ada sesuatu yang nampak 'lain' di pulau berkenaan.
Kira-kira 200 meter dari kawasan pantai, jaring pukat diletakkan bagi menghalang kemasukan sampah sarap ke pantai itu.
Setiap hari, petugas resort akan mengutip sampah-sampah berkenaan menggunakan bot kayak.
Kebanyakan sampah ditemui adalah sampah plastik seperti beg plastik, plastik bungkusan makanan dan botol air plastik.
Menurut pengurus Mari Mari Sepanggar, Jesika Maiba, sampah-sampah berkenaan bukan dari Pulau Sepanggar tetapi telah dihanyut arus dari kawasan bandar dan kampung air berhampiran.

Pulau Sepanggar sangat cantik tetapi dicemari sampah sarap yg hanyut dari bandar KK & kampung2 berdekatan. Petugas di Mari Mari Sepanggar letak jaring sekitar pantai untuk 'tangkap' sampah untuk jaga kebersihan pantai @501Awani #MalaysiaMemilih #Sabah pic.twitter.com/XpmAPHpTRN

— Tan Su Lin AWANI (@tan_sulin) April 22, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, ada kalanya mereka menemui televisyen dan peti sejuk yang terapung di perairan berkenaan!

Ini antara sampah2 yang dikutip di Pulau Sepanggar. Kebanyakan adalah sampah plastik, botol air plastik dan lampin pakai buang. Petugas di sini beritahu mereka juga pernah melihat peti sejuk & televisyen yang hanyut ke pantai ini @501Awani #MalaysiaMemilih #EndPlasticPollution pic.twitter.com/2uI1AJEuPl

— Tan Su Lin AWANI (@tan_sulin) April 22, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Situasi itu juga didepani pulau-pulau lain seperti Pulau Manukan, Mamutik dan Sapi ekoran kedudukannya dekat dengan bandar dan perkampungan pesisir.
Bezanya, di Pulau Sepanggar, pengusaha resort berupaya menjaga pulau itu menerusi kaedah berkenaan.
Namun sampai bila mereka terpaksa mengutip sampah sarap yang hanyut ke pantai?
Adalah harapan Jesika supaya kerajaan serius dalam mendidik penduduk Sabah agar menjaga kebersihan dan tidak buang sampah merata-rata.
"Saya harap kerajaan mengambil langkah memberi pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai supaya jangan buang sampah merata-rata, terutama mereka yang tinggal di tepi pantai dan kawasan pesisir.
"Juga sediakan tong sampah di setiap rumah supaya mereka tidak membuang sampah ke laut," katanya.

Jesika berharap kerajaan Sabah akan lebih serius dlm aspek penguatkuasaan & didikan terhadap penjagaan alam sekitar kerana pulau2 Sabah ini bukan hanya penting utk pelancongan tetapi utk generasi akan datang @501Awani #MalaysiaMemilih #Sabah #WorldEarthDay #EndPlasticPollution pic.twitter.com/ftNOQieIUJ

— Tan Su Lin AWANI (@tan_sulin) April 22, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini kerana impaknya adalah kepada sektor pelancongan kerana sampah sarap yang dibuang ke laut merosakkan keindahan pulau-pulau di Sabah.
Salah seorang pelancong, Shinnosuke Fuju, 30 tahun, berharap agar kerajaan mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu.
"Kalau saya sebagai pelancong melihat sampah-sampah ini memang kurang bagus lah. Namun saya gembira melihat inisiatif mengutip sampah yang dilakukan petugas di sini. Ia amat bagus untuk alam sekitar dan pelancongan," katanya.
#MalaysiaMemilih #Mari Mari Sepanggar #Pantai #Pulau Sepanggar #sampah