Inovasi, penemuan saintifik bantu selesai isu pendidikan - Fadhlina

Bernama
Ogos 14, 2023 23:19 MYT
Kata Fadhlina, program berkenaan penting untuk memastikan pendidikan yang dibawa kekal relevan dalam pembangunan teknologi dan ilmu pengetahuan yang pesat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Manfaat inovasi, daya cipta, kreativiti, penemuan saintifik dan rekaan teknologi baharu perlu dirasai masyarakat, selain menjadi penyelesaian kepada isu dan kemelut dalam pendidikan.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata demikian menerusi hantaran di Facebook hari ini sempena Konvensyen Penyelidikan, Komuniti Pembelajaran Profesional dan Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kali Ketiga di Seremban, Negeri Sembilan, yang dihadirinya hari ini.
Katanya, program berkenaan penting untuk memastikan pendidikan yang dibawa kekal relevan dalam pembangunan teknologi dan ilmu pengetahuan yang pesat.
"Tema yang diangkat kali ini "Pendidikan Tersedia Masa Hadapan (Future Ready Education): Memperkasa Pembangunan Modal Insan".
"Saya menghargai semua yang hadir berpartisipasi dan memberi sumbangan untuk program ini," katanya.
-- BERNAMA
#memberi sumbangan #pembangunan teknologi #Facebook #penemuan saintifik
;