Inkues Muhammad Adib dilaksanakan dengan teliti

Adie Sufian Zulkefli
Januari 6, 2019 14:24 MYT
Prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan dilaksanakan dengan teliti. -Gambar fail
Prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan dilaksanakan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kelompangan dan dipolemikkan pihak tertentu.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata tidak timbul inkues ini sengaja dilengahkan kerana ia melibatkan isu nasional.
Pada inkues pertama yang akan dijalankan di Mahkamah Koroner pada 18 Januari ini, semua saksi akan dipanggil termasuk doktor yang merawat dan pihak forensik yang melakukan proses bedah siasat terhadap Muhammad Adib.
#bedah siasat #bomba #forensik #inkues #mahkamah koroner #Muhammad Adib #Zuraida Kamaruddin
;