'Inkues kematian ditubuhkan' - Zahid

Astro Awani
Jun 17, 2013 22:41 MYT
Operasi menggali bagi mengesan mayat seorang peniaga yang dikhuatiri tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat sejak Sabtu, ditamatkan.
Keputusan itu dibuat berikutan kebimbangan kerja-kerja menggali akan menjejaskan struktur bangunan berhampiran selain kesan jangka panjang terhadap kawasan sekitar.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerja-kerja mengorek yang dilakukan menyebabkan lubang menjadi semakin dalam dan lebar, sekaligus mengakibatkan keretakan di bangunan berhampiran.
Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.
#bangunan #operasi #penebat kilat #runtuhan #tamat #Zahid Hamidi