Inkues Adib: Saksi rayu hospital beri rawatan

Hilmi Malik
Februari 18, 2019 15:39 MYT
PIHAK hospital enggan merawat Muhammad ketika dibawa oleh saksi. - Gambar fail
"Tolong selamatkan dia, kalau tidak nyawa dia akan terancam."
Demikian rayuan saksi kesembilan, R. Naresh menceritakan detik sukar saat tiba di hospital Subang Jaya Medical Centre (SJMC) ketika membawa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di wad kecemasan hospital itu.
Pada awalnya, difahamkan prosedur hospital telah melengahkan rawatan terhadap Adib yang masih tidak sedarkan diri ketika itu.
Pihak hospital juga meminta kad pengenalan, kad bomba serta kad perubatan adib sebanyak dua kali.
"Saya jerit kepada mereka, kalau you tak mahu tolong nyawa dia akan terancam, ini orang kerajaan dan kalau bangunan terbakar bomba yang datang," kata Naresh menyambung keterangan di hadapan Koroner, Rofiah Mohammad pada Isnin minggu kedua prosiding.
Rayuan Naresh kemudiannya berjaya selepas hospital bersetuju untuk memberi rawatan kepada Adib.
Doktor kemudian memaklumkan keadaan Adib mula stabil sekitar pukul 4.30 pagi.
Prosiding pada Isnin turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang meluangkan masa hampir satu jam setengah mengikuti prosiding itu.
Zuraida tiba sekitar pukul 10.30 pagi sebelum prosiding dimulakan oleh Koroner Rofiah Mohammad.
BACA: Inkues Adib: Kesan tapak kasut di rusuk kanan Adib - Saksi
BACA: Muhammad Adib meninggal dunia
BACA: Inkues Adib: 'Halau! Jangan bagi bomba turun' - Saksi
BACA: Inkues Muhammad Adib dilaksanakan dengan teliti
#inkues #kuil sri maha mariamman #Muhammad Adib #pegawai bomba
;