Inisiatif 'trek pantas' pengambilan pekerja asing akan dilancar tak lama lagi - Salahuddin Ayub

Israr Khalid
Februari 18, 2023 11:10 MYT
SALAHUDDIN: Ekosistem ekonomi akan menjadi lebih baik apabila sektor memerlukan tenaga pekerja asing dipermudahkan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Langkah penyelesaian kepada isu kekurangan tenaga pekerja akan mula dilaksana dalam tempoh kurang lebih enam bulan lagi.
Maklum Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, inisiatif ‘trek pantas’ membawa masuk pekerja asing sedang berada dalam perkembangan yang cepat.
Ia seiring dengan matlamat kerajaan yang katanya menjadi agenda pertama yang diangkat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila terbentuknya kabinet.
“Saya pun faham, bila libat urus dengan industri sawit misalnya saya tanya mereka bolehkah harga minyak sawit diturunkan, mereka kata boleh dengan syarat bagi kami cukup pekerja.
“Tengok dalam enam bulan akan datang nanti segalanya kita akan dapat selesaikan dengan baik,” katanya dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
Beliau merasakan ekosistem ekonomi akan menjadi lebih baik apabila sektor yang memerlukan tenaga pekerja asing dipermudahkan kerajaan sebaik mungkin.
Inisiatif 'trek pantas' pengambilan pekerja asing akan dilancar tidak lama lagi - Salahuddin Ayub
#Dialog Poket Rakyat
;