Inisiatif terjemahan Khutbah Arafah sangat berjaya - Al-Sudais

Shafizan Johari
Jun 16, 2024 08:30 MYT
Terjemahan Khutbah Arafah semalam sangat berjaya dan menyumbang kepada usaha untuk meningkatkan capaiannya ke peringkat global yang lebih luas. - Gambar AP
MEKAH: Presiden Presidensi Hal Ehwal Agama Dua Masjid Suci, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais, yang menyelia projek terjemahan khutbah Arafah di Masjid Namira yakin projek itu berjaya mencapai sasarannya.
Menurut beliau, terjemahan Khutbah Arafah semalam sangat berjaya dan menyumbang kepada usaha untuk meningkatkan capaiannya ke peringkat global yang lebih luas.
Pusat Khutbah Arafah di Masjid Namira dilengkapi dengan peranti dan teknologi terkini yang diperlukan untuk menyiarkan dan menterjemah khutbah Arafah kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia melalui aplikasi elektronik, platform Manarat Al-Haramain dan frekuensi penyiaran radio.
Khutbah yang disampaikan oleh Imam dan Khatib Masjidil Haram, Sheikh Maher Al Muaiql itu menekankan aspek toleransi, kasih sayang dan advokasi untuk kesederhanaan dan keseimbangan.
#Haji 2024 #jemaah haji' #khutbah Arafah #Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais
;