SINTOK: Inisiatif penyediaan makanan percuma di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) merupakan satu luahan rasa kasih kepada pelajar.
Sudut Makanan Percuma yang diwujudkan di laluan utama bangunan SMMTC itu membolehkan mahasiswa menikmati sarapan pagi secara percuma memandangkan sebahagian besar mereka adalah dalam golongan B40 serta mempunyai kuliah di awal pagi.
Menurut Penolong Pendaftar SMMTC, Normizan Yusof, penyediaan sarapan percuma telah dilaksanakan lebih 5 tahun di SMMTC.
Pada masa sekarang, pelaksanaan insiatif ini bergantung sepenuhnya kepada sumbangan kewangan daripada pensyarah dan kakitangan SMMTC, Universiti Utara Malaysia (UUM).
“Idea untuk menyediakan makanan percuma ini sebenarnya tercetus kerana rasa kasih kami kepada mahasiswa.
"Naluri kami sebagai ibu bapa dan penjaga sementara kepada mahasiswa SMMTC, sentiasa mahukan yang terbaik buat mereka.
"Kami faham apabila kuliah bermula sejak pagi, ramai daripada mereka tidak sempat mengambil sarapan.
"Sekurang-kurangnya, penyediaan sarapan percuma ini membolehkan mereka mengalas perut sebelum ke bilik kuliah," katanya.
Normizan berkata pihaknya juga berharap inisiatif ini memberi ruang kepada mahasiswa SMMTC khususnya dalam kalangan keluarga B40 untuk berpeluang mendapat sarapan pagi walaupun harga makanan di UUM sudah sangat murah dibandingkan dengan tempat lain.
Secara konsisten, Sudut Makanan Percuma SMMTC menyediakan tidak kurang daripada 40 hingga 50 bungkus nasi lemak pada setiap hari Isnin dan Rabu.
Ada juga pensyarah dan kakitangan yang menyalurkan sumbangan seperti roti, biskut dan kuih muih untuk dinikmati mahasiswa SMMTC.
Normizan berkata, program itu menjadi platform kepada tenaga pengajar SMMTC dan kakitangan untuk menyumbang semula kepada pusat pengajian dan mahasiswa.
Menurutnya lagi, pihak SMMTC sedang menyediakan saluran dalam talian iaitu ePay serta kod QR untuk memudahkan semua pihak menyumbang kepada inisiatif ini.
Sementara itu, Dekan SMMTC, Prof. Madya Dr Mohd Khairie berkata, inisitaif ini akan terus dimantapkan kerana ia bertepatan dengan tonggak kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan serta yang utama ihsan selari konsep Malaysia Madani.
Katanya lagi, sudut makanan percuma ini sekaligus turut merealisasikan usaha kecil SMMTC dalam menyemarakkan budaya rahmah yang dipelopori allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Dalam pada itu, salah seorang mahasiswa SMMTC, Siti Nuradnin Muhammad Wang berkata, inisiatif tersebut dilihat sebagai satu kemudahan kepada mereka yang tidak sempat mengambil sarapan pagi sebelum ke bilik kuliah.
Seorang lagi mahasiswa SMMTC, Kang Siew Xien pula berkata, mahasiswa menghargai usaha dilakukan tenaga pengajar dan kakitangan menerusi Sudut Makanan Percuma kerana ia dilaksanakan secara konsisten untuk pelajar.
Astro Awani
Thu Dec 14 2023
![Inisiatif Sudut Makanan Percuma, luahan kasih terhadap pelajar Inisiatif Sudut Makanan Percuma, luahan kasih terhadap pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702524735_TBmakananpercuma.jpg)
Buat masa sekarang, penyediaan sarapan percuma bergantung kepada sumbangan pensyarah dan kakitangan SMMTC. - Foto UUM
![Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738932125_TBSKIMRUMAHIBUjpg.jpg)
Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik
Sebanyak 200 penduduk bakal menerima manfaat melalui tawaran pemilikan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Ibu di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, di sini.
![Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738947677_AriffinArifADUN.jpg)
Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan
Mohd Ariffin juga yakin kontroversi yang mengaitkannya dengan isu rasuah tidak akan 'memberi ancaman' kepada keyakinan rakyat menjelang PRN akan datang.
![Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738927130_Jururawat.jpg)
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
![Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738151815_Vape.jpg)
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
![Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025 Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613713139_PERODUALOGO.jpg)
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
![Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738940860_AaronAgo.jpg)
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
![MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738965507_MyGAS.jpg)
MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas
MyGAS 2025 akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah.
![Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738939880_congo.jpg)
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
![Banjir Kedah: Jalan ke UUM sudah dibuka, boleh dilalui kenderaan biasa - Polis Banjir Kedah: Jalan ke UUM sudah dibuka, boleh dilalui kenderaan biasa - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733127628_jalanuum.jpg)
Banjir Kedah: Jalan ke UUM sudah dibuka, boleh dilalui kenderaan biasa - Polis
Jalan utama ke Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Lebuhraya Changlun-Sintok yang sebelum ini dinaiki air, kini sudah boleh dilalui kenderaan biasa.
![Sultan Kedah titah graduan kongsi bakat manfaatkan masyarakat Sultan Kedah titah graduan kongsi bakat manfaatkan masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731229038_TBSultanKedahj.jpg)
Sultan Kedah titah graduan kongsi bakat manfaatkan masyarakat
Sultan Kedah menitahkan para graduan berkongsi bakat dan kemahiran yang dimiliki agar dapat memberikan impak positif serta manfaat kepada masyarakat.
![UUM di kedudukan ke-79 dalam ranking universiti terbaik Asia 2025 UUM di kedudukan ke-79 dalam ranking universiti terbaik Asia 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730908647_QSWorldUniversity.jpg)
UUM di kedudukan ke-79 dalam ranking universiti terbaik Asia 2025
UUM terus cemerlang apabila disenaraikan di kedudukan ke-79 dalam QS World University Rankings: Asia 2025 yang diumumkan hari ini, melonjak 22 anak tangga berbanding edisi sebelumnya.
![Tahanan Penjara Alor Setar lulus viva sarjana UUM Tahanan Penjara Alor Setar lulus viva sarjana UUM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727001989_banduan.jpg)
Tahanan Penjara Alor Setar lulus viva sarjana UUM
Penghuni Penjara Alor Setar berusia 34 tahun itu berjaya mempertahankan tesisnya dalam sesi viva yang dijalankan pada 18 Sept lepas.
![Budak 10 tahun lemas dalam kawasan takungan air UUM Budak 10 tahun lemas dalam kawasan takungan air UUM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719029851_tbkanakkanaklemas.jpg)
Budak 10 tahun lemas dalam kawasan takungan air UUM
Mangsa dikatakan keluar memancing bersama tiga rakannya di lokasi kejadian sebelum dia ditemukan lemas.
![UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-11/51478958265_UUMGneric.jpg)
UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia
Pengiktirafan yang diumumkan itu membolehkan UUM berada di tangga ke-71 terbaik dunia berbanding tangga ke-95 pada tahun lalu.
![MoU bina kerjasama strategik UUM dan 5 universiti di Turki MoU bina kerjasama strategik UUM dan 5 universiti di Turki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709534826_UUM.jpg)
MoU bina kerjasama strategik UUM dan 5 universiti di Turki
MoU ditandatangani Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan bersama rektor universiti terlibat.
![ABM berhasrat tawar modul keusahawanan menerusi kerjasama dengan UUM ABM berhasrat tawar modul keusahawanan menerusi kerjasama dengan UUM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708257682_AhmadMaslan.jpg)
ABM berhasrat tawar modul keusahawanan menerusi kerjasama dengan UUM
Ia bagi memastikan pelatih memiliki kemahiran dalam bidang teknikal dan ilmu keusahawanan yang membolehkan mereka menjalankan perniagaan.
![Ismail Sabri lanjut pelajaran ke peringkat PhD Ismail Sabri lanjut pelajaran ke peringkat PhD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707991861_IsmailSabriPhD.jpg)
Ismail Sabri lanjut pelajaran ke peringkat PhD
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kembali melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
![Hala tuju UUM, mahu berada di kedudukan teratas Top Business School Hala tuju UUM, mahu berada di kedudukan teratas Top Business School](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706618575_TBUUMhalatuju.jpg)
Hala tuju UUM, mahu berada di kedudukan teratas Top Business School
Untuk memperkukuh keterlihatan UUM di peringkat global, hala tuju kedua ditetapkan adalah memperkasa kerjasama strategik antarabangsa.