Inisiatif baharu perkhidmatan jalur lebar diumum dalam masa terdekat - Annuar

Bernama
Jun 28, 2022 07:45 MYT
Annuar (dua, kiri) melawat DNB di Menara TRX, Kuala Lumpur, 28 Jun 2022. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif DNB Ralph Marshall (kiri). --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Inisiatif-inisiatif baharu untuk terus memperbaiki perkhidmatan jalur lebar negara akan diumum dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau menerusi catatan di Twitter dan Facebook berkongsi mengenai lawatan beliau ke pejabat Digital Nasional Berhad (DNB) semalam untuk mendapatkan taklimat status terkini pelaksanaan projek 5G negara.
"Seperti biasa saya akan melihat dengan dekat mengenai status terkini pelaksanaan rangkaian 5G negara oleh DNB bagi memastikan semuanya mengikut jadual.
"Saya akan buat beberapa pengumuman dalam masa terdekat berhubung inisiatif-inisiatif baharu untuk terus memperbaiki perkhidmatan jalur lebar negara," katanya di laman rasmi Facebooknya.

MenKOMM melawat pejabat DNB untuk mendapatkan taklimat status terkini perlaksanaan projek 5G negara. pic.twitter.com/J6HzAMSK4E

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) June 28, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
DNB ialah syarikat tujuan khas Malaysia yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
DNB ditubuhkan pada awal Mac 2021 antaranya untuk memacu pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia.
-- BERNAMA
#Annuar Musa #DNB #5G #jalur lebar
;