Inilah kekuatan masjid...

Zaim Ibrahim
Februari 2, 2018 16:10 MYT
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika dalam Majlis Penyerahan Masjid Tun Teja
Masjid perlu sentiasa diimarahkan dengan meluaskan perananannya bagi melahirkan umat Islam yang sederhana, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Selain daripada sebagai pusat ibadah dan kerohanian, masjid perlu meluaskan peranan sosialnya dalam menjamin kesejahteraan umat,” jelasnya.
Bercakap dalam Majlis Penyerahan Masjid Tun Teja, beliau berkata, nilai-nilai murni Islam perlu disemai melalui program pengimarahan masjid.
“Pengimarahan masjid dapat melahirkan umat Islam yang sederhana dan seimbang melalui pelbagai aktiviti bagi menolak fahaman ekstremis,” katanya lagi.
Beliau turut berkata, institusi masjid perlu memainkan peranan sosial kepada masyarakat dalam aspek perlindungan, makanan asas yang sihat dan rawatan kesihatan yang berkualiti.
Memegang prinsip ‘rahmatan lil alamin’ dalam Islam, beliau mengharapkan masjid mampu membuktikan Islam sebagai agama yang penyayang dengan mengamal sikap belas kasihan dan empati terhadap masyarakat.
Dalam masjid tersebut, beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kerja raya (JKR) Negeri Selangor dan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas pembinaan masjid tersebut yang menelan kos sebanyak RM 10 Juta.
#Azmin Ali #ekstremis #ibadat #Islam #Jabatan Agama Islam Selangor JAIS #JKR Selangor #keadilan sosial #Kerajaan Negeri Selangor #Menteri Besar Selangor
;