Inilah kedudukan terkini ranking universiti Malaysia dalam rantau Asia
Hilal Azmi
Februari 7, 2018 11:30 MYT
Februari 7, 2018 11:30 MYT
Institusi utama Malaysia menunjukkan peningkatan dalam kesemua lima bidang yang diukur dalam menentukan ranking yang dikendalikan oleh Times Higher Education (THE) iaitu pengajaran, penyelidikan, sumbangan kertas kerja (kesan sitasi), pendapatan industri dan pandangan antarabangsa.
Universiti-universiti Malaysia pada umumnya mempunyai pandangan antarabangsa yang kukuh dan mencapai tahap pendapatan industri yang agak tinggi.
Bidang yang paling lemah bagi negara ini adalah kesan sitasi tetapi bidang ini yang menunjukkan peningkatan pada tahun ini.
Malaysia turut mendapat mata untuk produktiviti penyelidikan.
Bagaimanapun, skor Malaysia untuk peratusan pelajar antarabangsa, nisbah pelajar-kakitangan dan pendapatan bagi setiap kakitangan kesemuanya menurun.
Untuk keputusan penuh, layari laman rasmi THE.