'Inilah apa yang ahli keluarga lakukan' - 4 respon Nazir mengenai perpindahan dana AS$7 juta
Luqman Hariz
April 18, 2016 19:09 MYT
April 18, 2016 19:09 MYT
30 Mac lalu, akhbar Wall Street Journal melaporkan Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Tun Razak membantu menyalurkan dana sebanyak AS$7 juta berdasarkan permintaan abang beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penyaluran dana ini dilakukan kepada beberapa pemimpin Barisan Nasional sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013.
Hari ini Datuk Seri Nazir buat pertama kali menjawab soalan daripada media tempatan berkenaan isu tersebut.
Astro AWANI mengupas 4 respon utama beliau mengenai isu ini.
1. 'Saya sesal bantu lakukan saluran dana ini, namun tiada pelanggaran undang-undang.'
2. 'Sehingga hari ini, saya tidak tahu dari mana datangnya dana ini.'
3. 'Ini satu-satunya kali bantuan sebegini diminta dari saya.'
4. 'Inilah apa yang ahli keluarga lakukan.'
#Barisan Nasional
#dana AS$7 juta
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Datuk Seri Nazir Tun Razak
#pengerusi CIMB
#Perdana Menteri
#Pilihan Raya Umum ke-13
#PRU-13