Ini senarai 14 Zon Merah COVID-19 di Malaysia - KKM

Asyraf Roslan
Mac 29, 2020 04:55 MYT
Kerajaan mengumumkan akan melaksanakan proses nyah cemar di seluruh negara bermula Isnin ini di kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan juga secara rumah ke rumah terutama di Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) hari ini menyenaraikan 14 kawasan yang dilabel sebagai Zon Merah (Berbahaya) wabak COVID-19 di negara ini.
Senarai tersebut telah dikemaskini oleh KKM pada Ahad.
Kawasan-kawasan tersebut merupakan kawasan yang mempunyai jumlah mangsa yang dijangkiti wabak COVID-19 paling tinggi.
Berikut adalah kawasan yang dilabel sebagai Zon Merah COVID-19 mengikut daerah:
1. Lembah Pantai
2. Petaling
3. Hulu Langat
4. Seremban
5. Kluang
6. Johor Bahru
7. Kuching
8. Kota Bharu
9. Kinta
10. Gombak
11. Tawau
12. Hilir Perak
13. Titiwangsa
14. Klang

#COVID19 Pecahan kes mengikut daerah. Zon Merah (Bahaya) 1. Lembah Pantai 2. Petaling 3. Hulu Langat 4. Seremban 5. Kluang 6. Johor Bahru 7. Kuching 8. Kota Bharu 8. Kinta 9. Gombak 10. Tawau 11. Hilir Perak 12. Titiwangsa 13. Klang pic.twitter.com/4SLitWYZOu

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA : COVID-19: Enam kawasan dilabel sebagai zon merah
BACA : COVID-19: Proses nyah cemar seluruh negara Isnin ini
Terdahulu, Kerajaan mengumumkan akan melaksanakan proses nyah cemar di seluruh negara bermula Isnin ini di kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan juga secara rumah ke rumah terutama di Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, proses nyah cemar itu akan diselaraskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Rakyat Malaysia Harus #DudukRumah Dan #KekalTenang Untuk Kita Sama-sama #HapusCOVID19
#COVID-19 #Hapus COVID-19 #kekal tenang #Kementerian Kesihatan Malaysia #KKM