Ini reaksi netizen mengenai kadar pembayaran balik PTPTN

Astro Awani
Disember 5, 2018 13:31 MYT
Melalui Potongan Gaji Berjadual (PGB) itu akan dikenakan serendah RM40 sebulan dengan gaji minima RM2,000 sebulan.
HUTANG tetap perlu dibayar, begitupun ada kalangan netizen yang merungut jumlah pembayaran bagi peminjam yang bergaji tinggi akan membebankan.
Berdasarkan jadual pembayaran yang dikemukakan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan, pada Rabu berkata, peminjam yang berpendapatan RM8,000 sebulan harus membayar sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan atau bersamaan 15 peratus daripada pendapatan.
Bagi Pengarah Strategi Pergerakan Pemuda UMNO Wan Agyl Wan Hassan keputusan ini tidak akan menyelesaikan masalah hutang tertunggak kerana ramai peminjam akan terbeban sekiranya mereka terpaksa memperuntukkan antara lapan hingga 15 peratus daripada gaji mereka.

Ramai yang akan terbeban dgn potongan 8% ke 15% terutamanya golongan muda M40. Potongan Rm1200 + EPF + Income tax, jadi berapa tinggal gaji orang muda? PTPTN dalam landasan mengulangi kesilapan dengan akan timbul lagi isu tak bayar pinjaman & you are back to square 1 @501Awani https://t.co/ym30jL0Yyu

— Wan Agyl Wan Hassan (@WanAgyl) December 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu Azrul Azuan Azman mencadangkan agar peratusan pembayaran balik ditetapkan pada kadar antara dua hingga tiga peratus sahaja, tanpa mengambil kira jumlah pendapatan seseorang peminjam.

Sepatutnya samakan je 2% @ 3% drp gaji.. Bukannya makin tggi gaji makin tinggi percent. Igt org xde komitmen lain ke nk bayar, gaji yg 4k pn ckup2 mkn je tau takkkk

— Azrul Azuan Azman (@azrulazuan88) December 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak kurang juga yang memuji langkah ini dan menyatakan ia adalah langkah yang adil kepada semua.

Very fair. Its a loan has to be repaid. And for other students to enjoy the same help. The student loan is in existent in many other countries such as in Canada, UK , Australia and the US. Once they start working it has to be paid back.

— Dr. Mona Rahman (@Mona_Rahman) December 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Average bayaran balik mengikut kontrak rasanya RM150 sebulan for 10-15 years. For those salary >RM2000 kena bayar ikut jadual kontrak lebih adil. To me bawah gaji 2000 kena bayar juga walaupun RM50. Jangan didik rakyat tak bayar hutang.

— Yusuf Idris (@moyu2512) December 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Wan Saiful yang memperkenalkan skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) dalam satu sidang media pada Rabu turut mendedahkan pihaknya akan mengenakan pembayaran serendah RM40 sebulan dengan gaji minima RM2,000 sebulan.
“Mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000 belum perlu membayar.
“Kira-kira 225,000 peminjam yang dikenal pasti berpendapatan kurang daripada RM2,000 akan menikmati pelepasan ini,” katanya pada sidang media di Menara PTPTN di sini hari ini.
#EPF #KWSP #Pemuda UMNO #PTPTN #UMNO #Wan Saiful Wan Jan
;