Ini reaksi netizen bila CNN iktiraf cendol berasal dari Singapura
Asyraf Roslan
Disember 4, 2018 10:51 MYT
Disember 4, 2018 10:51 MYT
Cendol merupakan satu makanan atau pencuci mulut yang sangat enak dinikmati pada musim panas.
Rasanya yang manis dan sejuk memberikan kenikmatan yang tidak terhingga.
Tapi dari manakah asalnya cendol.
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis cendol antaranya ialah Cendol Kacang Merah, Cendol Durian, Cendol Pulut dan Cendol Sawit.
Portal CNN baru-baru ini melaporkan dalam satu artikelnya 50 of the world's best desserts dengan menyatakan Cendol yang sedap berasal dari Singapura.
Menurut CNN, tambahan kacang merah membuatkan rasa cendol di Singapura lebih klasik dan sedap.
Namun susulan laporan CNN itu, rata-rata rakyat Malaysia 'mempertikaikan' perkara itu dan ini merupakan reaksi yang diberikan berhubung isu terbabit melalui Twitter dan Facebook Astro AWANI.
Menurut @dyeanadia11 di twitter, CNN tidak pernah merasai cendol yang terbaik di Malaysia
@jaigiee pula berpendapat tidak kisah dari mana asal usul cendol itu, yang pasti Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan.