Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Irfan Faruqi
Januari 9, 2025 23:30 MYT
Januari 9, 2025 23:30 MYT
KUALA LUMPUR: Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.
Ringkasan AI
- Tidak Mengikat Yang di-Pertuan Agong Semasa: Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim. Pertikaian Mengenai Titah Adendum: Tidak wajar untuk mengaitkan Sultan Ibrahim dengan pertikaian mengenai titah adendum yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16. Kerajaan Terikat dengan Penguatkuasaan: Pihak yang terikat dengan penguatkuasaan titah adendum ialah kerajaan, termasuk Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri, dan Jabatan Penjara.
Tegas Peguam dan Pengasas RAPERA, Datuk Seri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos, tidak wajar dan tidak tepat untuk mana-mana pihak mengaitkan Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim dengan pertikaian mengenai titah adendum ketika ini.
“Perkara yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 ialah tindakan yang baginda lakukan bagi menjalankan tugas perlembagaan baginda pada ketika itu.
“Maka tidak timbul persoalan mengenai sama ada Yang di-Pertuan Agong ke-17 terikat dengan tindakan Yang di-Pertuan Agong sebelumnya.
“Ini bermakna, tidak elok, tidak betul dan tidap tepat untuk mensabitkan Yang di-Pertuan Agong (ke-17) sekarang (dengan pertikaian mengenai titah adendum),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Jelas Jahaberdeen, pihak yang terikat dengan sebarang penguatkuasaan titah adendum ialah kerajaan, termasuk Peguam Negara (AGC), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Penjara.
Ini kerana, menurut beliau kerajaan merupakan pihak yang melaksanakan butiran titah berkenaan.
“Selepas mahkamah umumkan satu hukuman, contohnya seorang individu didapati bersalah dan dihukum 50 tahun penjara, maka perintah tersebut akan diberikan kepada AGC dan Jabatan Penjara untuk melaksanakan hukuman.
“Begitu juga dengan pengampunan, apabila hukuman dikurangkan, maka perintah pengurangan itu perlu diberitahu kepada Jabatan Penjara. Oleh itu, pihak yang terikat adalah pihak-pihak selain daripada Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya.
Najib pada Isnin menjalani prosiding pendengaran rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah berdasarkan dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum.
Lanjutan itu, Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuannya untuk memulakan semakan kehakiman bagi memaksa Menteri Dalam Negeri dan kerajaan untuk menguatkuasakan titah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong yang lalu.
Dalam keputusan 2-1, panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh hakim Azizah Nawawi memutuskan agar kes ini dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendengar merit semakan kehakiman.
Mahkamah menetapkan 13 Januari ini bagi pengurusan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi.
Dialog Tiga Penjuru: Titah addendum | Dialog tiga peguam