'Ini nasihat pertama ayah selepas dibebaskan' - Nurul Izzah

Sinar Harian
Mei 27, 2018 22:23 MYT
NURUL IZZAH: Antara yang ayah sebut ialah janganlah sibuk serta ramai-ramai, semua nak jadi menteri. -Instagram/@n_izzah

Nurul Izzah Anwar berkata ayahnya ada menitipkan nasihat kepada dirinya sejurus Ketua Umum PKR itu dibebaskan daripada penjara.

Katanya, saranan dan nasihat itu sangat membekas dalam dirinya, dan beliau beriltizam untuk menjadikan saranan itu sebagai panduannya dalam menempuh liku-liku perjalanan dalam dunia politik.

“Antara perkara pertama yang ayah sebut ialah janganlah sibuk serta ramai-ramai, semua nak jadi menteri,” katanya dalam program FB Live Sinar Harian, di sini hari ini.

Kata puteri sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, ayahnya juga sering mengingatkan dirinya bahawa kehidupan ini adalah satu perjuangan.

Justeru, katanya pesanan-pesanan dan kata-kata mengenai perjuangan itu sudah sebati dengan dirinya.

#Anwar Ibrahim #bebas dari penjara #dunia politik #Ketua Umum PKR #liku perjalanan #Nurul Izzah #Puteri #titip nasihat
;