Ini lima tumpuan utama kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan

Fareez Azman
Ogos 15, 2020 17:40 MYT
Dr Noor Hisham memaklumkan perkembangan itu menerusi kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia pada Sabtu. Gambar fail
Satu lagi kluster baharu dikenal pasti sebagai Kluster Sala dikesan di daerah Yan, Kedah.
Empat individu dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini dengan 76 kontak rapat telah disaring.
Ini lima tumpuan utama kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
1) Sebanyak 26 kes baharu positif COVID-19 dikesan sehingga jam 12 tengah hari pada Sabtu.
2) Sebanyak 20 kes merupakan jangkitan tempatan membabitkan 17 warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara.
3) Kluster baharu dikenali sebagai Kluster Sala dikesan di daerah Yan, Kedah dengan empat kes positif COVID-19 setakat ini.
4) Seramai 80 individu telah disaring dalam Kluster Sala, 76 masih menunggu keputusan saringan.
5) Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 219 kes setakat ini.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #kes baharu #Ketua Pengarah Kesihatan #KKM #Kluster Sala #kontak rapat #Yan Kedah
;