Ini lima tumpuan sidang media Ismail Sabri hari ini
Madiha Abdullah
Oktober 10, 2020 17:33 MYT
Oktober 10, 2020 17:33 MYT
KUALA LUMPUR: Asrama pekerja Tropicana Corporation Berhad di Petaling Jaya akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), bermula 12 Oktober sehingga 25 Oktober.
Berikut adalah lima tumpuan sidang media harian perkembangan COVID-19 oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob hari ini:
1. PKPD di asrama pekerja Tropicana Corporation Berhad membabitkan blok-blok asrama sahaja, dengan jumlah penempatan kira-kira 500 orang pekerja. Ia tidak membabitkan kawasan perumahan dan kelab golf Tropicana Golf Club & Country Resort.
2. Kerajaan meluluskan dan membiayai pusat kuarantin transit pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah, bagi mengekang penularan dalam kalangan penghuni di depo tahanan. Empat lokasi dikenal pasti iaitu dua di Kota Kinabalu dan dua di Sandakan.
3. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengaktifkan hospital medan di Tawau sebagai bantuan sokongan kes-kes perubatan selain COVID-19 seperti bersalin dan trauma.
4. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan penerbangan harian ke dan dari Sabah untuk urusan bantuan logistik kakitangan Kementerian Kesihatan, termasuk membawa swab test ke makmal di Semenanjung.
5. Pada 9 Oktober, 450 individu ditahan ingkar arahan PKP, dengan 66 direman dan dijamin manakala selebihnya dikompaun.
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#koronavirus
#Angkatan Tentera Malaysia
#TUDM
#Kementerian Kesihatan
#Kota Kinabalu
#Sabah
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob