Ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri, 11 Disember

Astro Awani
Disember 11, 2020 08:57 MYT
Antara kesalahan ingkar PKP termasuk 102 individu tidak memakai pelitup muka, 79 individu gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Operasi Benteng yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) telah berjaya menahan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI), tiga tekong serta merampas tiga kenderaan darat.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada 11 Disember 2020:
1) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas pada 11 Disember 2020.
2) PKPB di Mukim Penggawa di Kubang Kerian dan Mukim Kusial di Tanah Merah kekal hingga 20 Disember 2020.
3) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Madrasah Ad-Diniah Al-Falahiah di Pasir Puteh diteruskan hingga 20 Disember 2020.
4) 260 individu ditahan atas kesalahan ingkar PKP, dan daripada jumlah itu 245 individu dikompaun manakala 15 lagi direman.
5) Op Benteng tahan 18 PATI, 3 tekong dan rampas 3 kenderaan darat.
#ismail sabri yaakob #perintah kawalan pergerakan #PKP #perintah kawalan pergerakan bersyarat #PKPB #COVID-19 #pandemik