Ini lima perkara yang dinyatakan Dr Noor Hisham hari ini

Umavathi Ramayah
Mac 26, 2021 10:28 MYT
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 81.4 peratus daripada jumlah kes yang direkodkan di Sabah adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Selangor terus merekodkan kes harian baharu tertinggi dengan 478 kes atau 37.5 peratus daripada kes keseluruhan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 81.4 peratus daripada jumlah itu adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Berikut adalah lima perkara yang dinyatakan beliau dalam kenyataan akhbar hari ini.
1. Sebanyak 1,275 kes baharu COVID-19 dilaporkan.
2. Satu kematian melibatkan lelaki tempatan berusia 74 tahun di Selangor.
3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 14,269 kes.
4. Sebanyak 13 kluster baharu, 11 melibatkan tempat kerja.
5. Seramai 161 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 70 daripadanya masih memerlukan alat bantuan pernafasan.
BACA: COVID-19: 1,275 jangkitan baharu, kes sembuh 1,509
#kes baharu #Kes sembuh #aktif #COVID-19 #program vaksinasi #ICU #rakyat tempatan #Kementerian Kesihatan #Noor Hisham Abdullah