Ini lima perkara yang dinyatakan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini

Umavathi Ramayah
Oktober 19, 2020 17:48 MYT
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,456 kes. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kes kumulatif kes jangkitan di Malaysia kini mencecah lebih 21,000 kes apabila 865 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, 74.3 peratus daripada kes itu melibatkan jangkitan dari Sabah.
Berikut adalah lima perkara penting dalam sidang media Dr Noor Hisham hari ini.
1. Sebanyak 865 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 21,363 kes.
2. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,456 kes.
3. Dua kluster baharu dikesan melibatkan Kluster Hentian di Hulu Langat dan Kluster Bukit di Melaka.
4. Sebanyak 99 kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
5. Tiga kes kematian dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari Isnin, menjadikan jumlah kematian 190 kes
#Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #COVID-19 #lima perkara penting
;