Ini lima perkara yang dinyatakan Datuk Seri Ismail Sabri hari ini
Umavathi Ramayah
Jun 23, 2020 16:01 MYT
Jun 23, 2020 16:01 MYT
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Selasa, 23 Jun 2020.
INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI:
1. Task Force Operasi Pematuhan membuat 63,335 pemeriksaan bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKPP dengan 15 individu ditahan.
2. Warga asing yang pas sosial tamat tempoh semasa PKP, boleh mendapatkan lanjutan di Jabatan Imigresen. Bagi yang tamat tempoh ketika PKPP, boleh terus pulang dalam tempoh 14 hari PKPP tamat.
3. PDRM membuat 72 sekatan jalan raya Operasi Benteng dan menahan lapan warga asing.
4. Dari 10 hingga 22 Jun 2020, sebanyak 4,536 individu disaring di pintu masuk KLIA dengan 19 daripada mereka disahkan positif COVID-19.
5. Operator atau pemilik kolam perlu membuat pendaftaran notifikasi dengan MITI sebelum beroperasi.
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#jabatan imigresen
#Kolam renang
#lanjutan pas sosial
#MITI
#PKPP
#RMCO
#SOP