Ini lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri hari ini

Fauzi Suhaimi
September 7, 2020 14:43 MYT
Beberapa individu yang dipercayai ingkar arahan PKPP ditahan polis baru-baru ini. - Foto Astro AWANI
Seramai 873 individu lagi ditahan atas pelbagai kesalahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Ahad.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini (Isnin, 7 September 2020):
1) Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 58,147 pemeriksaan (6 September 2020) bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
2) PDRM menahan 873 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, 797 individu telah dikompaun, 71 direman manakala 5 individu dijamin.
3) Operasi Benteng berjaya membuat 14 tangkapan yang melibatkan 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 4 penyeludup.
4) Sebanyak 79 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkan PDRM, AKSEM, dan ATM.
5) Seramai 9,842 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 66 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
#COVID-19 #Hospital #ismail sabri yaakob #Malaysia #menteri #PDRM #perintah kawalan pergerakan #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #PKP #PKPP #Polis Diraja Malaysia #SOP
;